• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Perkembangan Baru Kes Kehilangan Paderi Koh

oleh
15/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES kehilangan paderi Raymond Koh masih dalam inkuiri polis serta tiada perkembangan baharu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau juga berkata setakat ini tiada petunjuk baharu yang boleh membantu polis dalam kes berkenaan.

“Polis akan lihat hasil inkuiri kes berkenaan terlebih dahulu dan menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes itu, pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Op Selamat ke-14 Tahun Baharu Cina di Persada PLUS, di Petaling Jaya hari ini.

Pada Rabu lepas, keluarga Koh mengemukakan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri menggesa Tun Dr. Mahathir Mohamad mengarahkan siasatan baharu mengenai kehilangan Koh dan tiga lagi yang mempunyai profil sosioagama serupa.

Memorandum itu diserahkan oleh isteri Koh, Susanna Liew, anak mereka Jonathan Koh, wakil Kumpulan Tindakan Rakyat terhadap Penculikan (Caged) Rama Ramanathan, Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr. Herman Shastri dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Koh, 64, atau nama sebenarnya Keng Joo Koh diculik pada pagi 13 Februari 2017 di Petaling Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya sebelum dilarikan sekumpulan lelaki yang berkonvoi menggunakan beberapa buah kereta.

Sebelum itu, tiga rakan Koh iaitu aktivis sosial Amri Che Mat serta Pastor Joshua Hilmi dan isterinya Ruth Hilmi turut dilaporkan hilang sejak 2016. – BERNAMA

Tags: raymond koh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Belum Terima Laporan Penuh Kehilangan Amri, Raymond

12/12/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu laporan penuh daripada pasukan petugas khas berhubung siasatan kes kehilangan aktivis sosial,...

Bekas Pegawai Polis Tarik Diri Daripada Pasukan Petugas Khas

02/07/2019
0

PETALING JAYA - Bekas ketua bahagian perundangan polis, Mokhtar Mohd Noor menarik diri secara sukarela daripada Pasukan Petugas Khas (PPK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd