• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Kemboja: Ada Perkara Tak Boleh Didedahkan

oleh
18/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Berhubung dakwaan kemungkinan kes penipuan 47 warga Malaysia yang ditangkap dan ditahan di Kemboja didalangi rakyat tempatan, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ada perkara yang pihaknya tahu, tetapi tidak boleh dedahkan kepada umum.

“Biarkan pihak berkuasa yang menguruskan isu terbabit. Setiap 47 mangsa berkenaan mempunyai kisah mereka yang tersendiri,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui selepas melawat Muzium Ranee, di sini hari ini.

Semalam, Fatimah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan menaiki pesawat sewa khas JC International Airlines dari Siem Reap, Kemboja bersama 40 lagi bekas tahanan dari Sarawak menegaskan misi mereka ialah untuk membawa mangsa pulang dan tugasnya sudah selesai dan kini terpulang kepada agensi lain untuk meneruskan apa yang perlu dilakukan.

Fatimah bersama Anggota Parlimen Santubong yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar adalah wakil delegasi kerajaan Sarawak yang dihantar ke Kemboja bagi membuat rundingan pembebasan kesemua tahanan itu.

47 rakyat Malaysia terbabit ditangkap pada 11 Disember lalu kerana disyaki terbabit dalam pengendalian judi haram di negara berkenaan dan ditahan di penjara Poi Pet, Kemboja sebelum dibebaskan semalam.

Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia. – BERNAMA

Tags: KembojaTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd