• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sifat Bumi Bulat, Hujah Berdasarkan Firman Allah SWT

oleh
18/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN kekecohan dan perdebatan hangat mengenai bentuk bumi sejak beberapa hari lalu, Mutfi Wilayah Persekutuan tampil menegaskan bahawa sifat bumi adalah bulat.

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam satu kenyataan pada malam Ahad mengemukakan antara hujah yang menunjukkan bentuk bulat bumi berdasarkan firman Allah SWT.

“(Firman Allah SWT) maksudnya – ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya).

“Para ulama telah bersetuju bahawa sifat bumi adalah bulat. Adapun kebulatannya bukanlah dalam erti kata bulat keseluruhan tetapi boleh jadi bulat yang berbentuk sfera atau bulat seperti sebiji telur. Ini semua boleh dilihat menerusi penemuan moden,” kata mufti.

Dalam kenyataan Bayan Linnas Siri 166 bertajuk Polemik Bumi Rata: Sisi Pandangan Islam itu, Zulkifli berpandangan bahawa kekeliruan golongan penyokong ‘flat earth’ yang beragama Islam adalah salah faham dalam memahami kalimah al-ardh.

“Apabila Allah SWT menyebutkan al-ardh, ia menunjukkan kepada tanah tempat kita berpijak yang kita lihat disekeliling kita. Ia tidak merujuk kepada planet bumi seperti yang difahami oleh mereka,” katanya.

Zulkifli turut merujuk kepada pengesahan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyatakan bumi berbentuk sfera atau lebih tepat adalah, tidak seperti bola tetapi seakan-akan bentuk telur.

Kecoh media sosial apabila Suhaimi mencabar angkasawan negara untuk bersumpah mengeai bentuk sebenar bumi.

“Justeru, kami nyatakan bahawa penafian sifat bulatnya bumi adalah pendapat yang tersilap, sementalahan lagi ia bertentangan dengan ijma’ yang tidak boleh dibangkangnya,” ujarnya yang merujuk ijma’ sebagai kesepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu berasaskan Al-Quran dan hadis.

Mengenai pandangan ulama, Zulkifli berkata, golongan itu telah lama membahaskan isu tersebut, malah sebahagian mereka membincangkannya lebih 1,000 tahun.

Justeru, katanya, kefahaman tersebut menunjukkan Islam telah memimpin dunia dari sudut keilmuan dan makrifah alam jauh mendahului mana-mana negara yang hebat di muka bumi.

“Keterbatasan pancaindera kita membuatkan kita tidak mampu untuk memahami ayat ini hanya dengan merujuk teks atau terjemahan semata-mata tanpa melihat tafsiran para ulama dan juga fakta-fakta dari sudut ilmu falak dan astronomi.

“Apatah lagi berhujah semata-mata dengan apa yang kita lihat di hadapan mata kita yang sudah tentu sangat jelas keterbatasannya. Pancaindera semata-mata tidak akan mampu membantu kita menggapai kebenaran,” katanya.

Beberapa hari lalu kecoh mengenai perdebatan mengenai bentuk bumi sehingga bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencabar Dr. Sheikh Muszaphar bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu berbentuk sfera.

Dr. Sheikh Muszaphar kemudian memberikan pandangannya berdasarkan misi beliau ke angkasa lepas selama 12 hari pada 10 Oktober 2007, dengan menaiki roket Soyuz TMA -11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

“Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah… dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur,” katanya. – mStar Online

Tags: bumiZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Syukurlah Along Dan Angah Ditemui Selamat’

Kapsul Peregrine Dijangka Terhempas Ke Bumi

18/01/2024
0

WASHINGTON - Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis selepas ia gagal melakukan pendaratan komersial...

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

04/06/2023
0

BEIJING: Tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu kembali dengan selamat ke bumi, lapor media kerajaan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd