• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sangeeta Angkat Kisah Guru Sukan Dalam Adiwiraku 2

oleh
27/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon, Sangeeta Krishnasamy akan menerbitkan filem, Adiwiraku 2 yang mengangkat kisah benar seorang guru sukan di sebuah sekolah di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Tidak melihat Adiwiraku 2 sebagai kesinambungan filem pertama, Sangeeta berkata, ia sebaliknya menampilkan jalan cerita baharu yang lebih menyentuh perasaan.

“Saya juga tidak akan berlakon dalam Adiwiraku 2, sebaliknya hanya berada di balik tabir bersama pengarah dan penerbit asal, Jason Chong serta Eric Ong untuk belajar proses pembikinan filem.

“Penggambaran akan dilakukan pada Mei dan Jun ini ketika cuti persekolahan. Kami akan mencari pelakon dalam kalangan pelajar dari kampung asal, sama seperti Adiwiraku.

“Sesi pemilihan itu akan dilakukan pada minggu ini,” katanya yang ditemui pada majlis Anugerah Skrip Skrin 2018, di sini.

Menyifatkan Adiwiraku 2 sebagai karya yang menyentuh emosi, Sangeeta berkata, skrip tulisan Jason itu dihasilkan dengan lebih terperinci dan penuh penghayatan.

Mereka juga masih mencari pelakon yang sesuai untuk membawa karakter Cikgu Azman.

“Cerita ini lebih menyentuh hati. Bayangkan, baru sahaja membaca skrip, saya sudah menangis. Saya juga akan bertemu Cikgu Azman untuk lebih mengenalinya sebelum memilih pelakon yang sesuai membawakan watak itu.

“Ketika ini, saya menumpukan perhatian kepada pembikinan Adiwiraku 2 dan selepas itu, baru bersedia untuk berlakon semula dalam Adiwiraku 3.

“Banyak cerita yang memberi inspirasi boleh diangkat ke layar lebar. Itu yang cuba kami lakukan sekarang,” katanya.

Melihat penjenamaan Adiwiraku yang mendapat tempat dan dekat di hati penonton, Sangeeta berkata, dia berhasrat menyambung kisah Cikgu Cheryl dalam siri televisyen.

“Ramai yang bertanya bila sambungan Adiwiraku kerana mereka ingin tahu kisah Cikgu Cheryl selepas itu. Kami bagaimanapun, tidak merancang untuk menghasilkan filem, sebaliknya dijadikan sebagai siri.

“Banyak yang kami belajar daripada Adiwiraku dan pengalaman itu digunakan dalam karya kedua dari segi promosi dan pembikinan. Kita juga mempunyai pelabur yang akan membantu membawa filem ini ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Adiwiraku yang diterbitkan pada Mac 2017 meraih anugerah Filem Terbaik dan Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29), manakala Sangeeta diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik. -BH ONLINE

Tags: artis malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cadangan Baharu Ekonomi, Perdagangan Dibincang Dalam Pertemuan TPM Dengan Sultan Brunei

Next Post

Temberang Tak Akan Dipertandingkan Dalam Muzik Muzik

Related Posts

Bella Astillah Kecewa, Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi

27/02/2019
0

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan tindakan terbaru suaminya, Aliff Aziz yang sekali lagi dilihat curang bersama...

‘Sis Maafkan Tapi…’

27/02/2019
0

KUALA LUMPUR: ‘Beri sis ruang untuk ‘hadam’ semua ini.’ Begitu reaksi penerbit dan pengarah drama, Sheila Rusly mengulas permohonan maaf...

Next Post

Temberang Tak Akan Dipertandingkan Dalam Muzik Muzik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd