• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Gangguan Seksual Tak Akan Dibentangkan Mac

oleh
11/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANG undang-undang mengenai gangguan seksual tidak dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen bulan depan berikutan kerajaan masih perlu meneliti hasil kajian impak yang baru selesai dijalankan terhadap undang-undang itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata langkah itu bagi memastikan liputan undang-undang yang menyeluruh dengan skop lebih besar.

“Gangguan seksual bukan sahaja boleh berlaku di tempat kerja tetapi juga di institusi dan sektor lain termasuk di rumah, jadi kami mahu pastikan akta itu benar-benar bermanfaat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembaikan kemudahan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata untuk itu, pihaknya akan memulakan konsultasi dengan badan bukan kerajaan dan mangsa gangguan seksual berdasarkan hasil kajian impak yang diterima.

Pada masa sama Yeoh berkata kerajaan tetap menyasarkan undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

Sementara itu, Yeoh yang juga Anggota Parlimen Segambut, berkata beliau akan menulis surat kepada Kementerian Pendidikan bagi memastikan tapak sekolah berkenaan dikekalkan sebagai tapak sekolah susulan beberapa kes kawasan sekolah dijual untuk pembangunan.

“Contohnya Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang yang kini menjadi pusat beli-belah Pavilion.

“Sekolah Menengah Sains Seri Puteri ini bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell yang juga dalam Parlimen Segambut. Saya berharap tiada pihak yang menyasarkan untuk membangunkan kawasan-kawasan strategik ini,” katanya.

Kerja pembaikan di sekolah itu yang menggunakan peruntukan Anggota Parlimen Segambut melibatkan penyenggaraan tangki air dan rumah pam serta pemasangan 10 kipas siling dengan kos keseluruhan RM10,809. – BERNAMA

Tags: Hannah YeohRUU Gangguan Seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, kata...

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd