• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

oleh
21/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengambilan untung selepas ditutup pada paras tertingginya dalam tempoh 6 bulan semalam, yang kali terakhir dilihat pada 1 Ogos, 2018.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0650/0700 berbanding paras penutup 4.0640/0700 pada Rabu.

Seorang peniaga bagaimanapun berkata, kedudukan ringgit masih agak positif dengan prospek harga minyak tinggi mungkin mengehadkan penurunan unit tempatan.

Beliau juga berkata, pelabur dolar AS juga kekal berhati-hati apabila ketegangan memuncak antara pentadbiran Presiden AS, Donald Trump dan Kongres yang dikuasai Demokrat.

“Ini berlaku apabila 16 negeri memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump berikutan pengisytiharannya darurat negara berikutan kontroversi tembok keselamatan Mexico,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0080/0121 daripada 3.0066/0115 semalam, susut berbanding pound Britain kepada 5.3012/3097 daripada 5.2986/3081 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.6724/6779 daripada 3.6679/6743.

Bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6105/6182 daripada 4.6106/6195 sebelumnya. – BERNAMA

Tags: Ringgit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd