• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Merosot Sedikit Berbanding Dolar AS

oleh
04/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.0980/1050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0930/0980 pada Khamis.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Jeffrey Halley berkata, dagangan tukaran asing Asia dijangka lengang hari ini berikutan cuti sambutan Tahun Baru Cina dengan tumpuan hanya kepada keputusan kadar faedah Filipina dengan pasaran menjangkakan ia kekal tidak berubah.

Sementara itu, dolar AS mengukuh berbanding kebanyakan mata wang lain setelah mendapat rangsangan daripada data pekerjaan dan kilang Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkakan.

“AS mengumumkan data senarai gaji bulan ladang pada Jumaat dengan senarai gaji meningkat 302,000 berbanding 165,000 yang dijangkakan. Data itu meningkatkan dolar, saham dan minyak, dengan emas menyusut dan bon hampir tidak berubah,” kata Halley.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0383 daripada 3.0409/0450 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7401/7475 daripada 3.7699/7749.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3585/3698 daripada 5.3688/3758 dan menokok berbanding euro kepada 4.6938/7027 daripada 4.7000/0070. – Agensi

Tags: Ringgit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd