• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dijangka Cecah Paras 3.8 Menjelang Akhir 2019

oleh
13/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka naik secara beransur-ansur untuk sekali lagi melepasi paras psikologi 4.0 berbanding dolar US, dan meneruskan aliran meningkat kepada 3.80 menjelang akhir 2019, menurut RHB Research.

Peningkatan rizab forex Malaysia dan langkah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk tidak menaikkan kadarnya memberikan sokongan kepada mata wang tempatan.

Rizab forex Malaysia naik US$700 juta kepada US$102.1 bilion pada 31 Jan, 2019, selepas susut US$600 juta pada Disember 2018.

“Ringgit dijangka meneruskan aliran meningkat kepada 3.80 berbanding dolar US menjelang akhir 2019, juga disebabkan kelemahan dolar berikutan Fed AS dijangka menangguhkan langkah untuk menaikkan kadarnya susulan wujud tanda-tanda pertumbuhan ekonomi AS akan lebih perlahan,” kata firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.

Merujuk kepada angka Bank Negara Malaysia, katanya peningkatan rizab forex dijangka dipacu oleh pengumpulan lebihan secara berterusan dalam akaun semasa, manakala portfolio pelaburan mengalami pengurangan aliran keluar dana, disokong oleh aliran masuk bersih ke dalam pasaran ekuiti dalam tempoh itu.

Katanya rizab forex juga dijangka meningkat bulan ini didorong oleh peningkatan akaun semasa dan pengurangan aliran keluar portfolio.

Ringgit naik 0.8 peratus berbanding dolar US kepada 4.0770 pada minggu pertama Februari, selepas meningkat 0.7 peratus pada Januari.

Mata wang tempatan dibuka tinggi pagi ini (9 pagi) pada 4.0650/0700 berbanding dolar US daripada 4.0770/0800 pada penutupan 6 petang Selasa. – BERNAMA

Tags: Ringgit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd