• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh
22/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap unit tempatan tersebut, kata peniaga.

Pada pukul 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.0770/0820 berbanding 4.0760/0810 yang dicatatkan semalam.

Seorang peniaga berkata, perkembangan itu disebabkan oleh pengambilan untung ringgit berikutan aliran kenaikan yang menyaksikannya mencecah paras tertinggi dalam masa enam bulan iaitu 4.0640/0700 pada Rabu.

“Para pelabur kini mengalihkan minat mereka kepada dolar AS selepas pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) semalam,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut mengukuh berbanding kelompok mata wang global kecuali euro.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3172/3242 daripada 5.3249/3335 dan mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.6813/6868 daripada 3.6817/6869 pada Khamis.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0111/0152 berbanding 3.0121/0163 namun susut berbanding euro kepada 4.6229/6294 daripada 4.6153/6230 sewaktu ditutup semalam. – BERNAMA

Tags: Ringgit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd