• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PUBG, Fortnite Beri Kesan Buruk Perkembangan Mental?

oleh
10/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIHKAH anda ingat mengenai surat yang dihantar oleh seorang kanak-kanak kepada kerajaan India agar PUBG diharamkan di negara itu?

Terbaharu, Suruhanjaya Perlindungan Hak Kanak-Kanak Delhi (DCPCR) mengeluarkan senarai permainan video yang berisiko memberi kesan terhadap perkembangan mental.

Selain PUBG, permainan Fortnite, Pokemon, Grand Theft Auto (GTA), God of War dan Hitman turut dimasukkan dalam senarai tersebut.

Ujar DCPCR, Organisasi Kesihatan Dunia kini mengenalpasti kecelaruan permainan video atau gaming disorder sebagai salah satu masalah mental dalam senarai Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD).

ICD merupakan diagnostik manual yang diterbitkan oleh WHO yang mana edisi ke-11 turut menyenaraikan penyakit berkaitan kecelaruan dan ketagihan permainan video.

Ujar mereka, gejala serius itu perlu diberi perhatian dan mendapat pengawasan sewajarnya.

Untuk rekod, Hindustan Times sebelum ini pernah melaporkan kes seorang remaja yang menikam iu-bapa serta adiknya gara-gara tidak tahan mendengar bebelan mengenai sikapnya yang ketagih bermain permainan video.

Menurut laporan KPMG pula, 60 peratus pemain merupakan individu berusia bawah 24 tahun.

“Masalah ini semakin meningkat dengan wujudnya ledakan teknologi.

“Saya juga melihat individu seusia saya mengalami ketagihan permainan video sehingga menjejaskan kehidupan dewasa mereka,” ujar Doktor Ankit Gupta, konsultan psikiatri di sebuah insitut perubatan di New Delhi. – Fit.TheQuint

Tags: FortniteMentalPermainan VideoPUBG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taliban Akan Haramkan TikTok, PUBG

Taliban Akan Haramkan TikTok, PUBG

21/09/2022
0

KABUL – Pemerintah Taliban akan menguatkuasakan larangan penggunaan aplikasi perkongsian video popular, TikTok dan permainan video PUBG di Afghanistan dalam...

Haram Guna UC Untuk Tikam – Mufti Wilayah

18/10/2021
0

Hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti (crates) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd