• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Dibuka

oleh
18/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian 2019/2020 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 15 Mac ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata biasiswa yang masing-masing enam untuk peringkat sarjana dan doktor falsafah tersebut adalah bagi calon dalam bidang pengajian sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam.

Pemohon boleh mengisi borang dalam talian menerusi http://esilav2.jpa.gov.my dan tarikh akhir bagi mengemukakan permohonan ialah pada 15 Mac, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, biasiswa terbuka kepada warga Malaysia berusia tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian dengan keutamaan kepada mereka yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf di peringkat sarjana muda atau sarjana.

Keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif serta telah mendapat tawaran atau memulakan pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau universiti terkemuka di dunia, katanya.

“Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga,” demikian menurut kenyataan itu.

JPA berkata penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia sekurang-kurangnya lima tahun.

“Penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03-8885 3546/3053/3438 pada setiap hari bekerja mulai 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada [email protected]. – BERNAMA

Tags: BiasiswaYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd