• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nikmat Sihat, Bahagia Hadiah Paling Bermakna – Zain Saidin

oleh
26/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pada usia 35 tahun, tiada apa lagi diharapkan Zain Saidin kecuali diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Diraikan isteri tersayang, Rozita Che Wan bersama keluarga dan kenalan rapat, Sabtu lalu, Zain berkata, wanita itu tidak pernah lupa memberinya hadiah setiap kali menyambut hari istimewa.

“Untuk tahun ini, saya tidak tahu apa hadiah yang akan diberikan. Mungkin juga dia mahu membuat kejutan. Selepas diraikan di sebuah restoran, Sabtu lalu, isteri rancang bawa kami bercuti di Bukit Fraser.

“Bagi saya, tiada yang lebih seronok, selain dikelilingi ramai kawan dan sanak saudara. Saya bersyukur, pada usia ini, hidup saya semakin lengkap dengan kehadiran anak dan keluarga yang baik,” katanya.

Meskipun sudah tidak lagi aktif berlakon, Zain berkata, dia tidak gusar kerana mempunyai perniagaan untuk mencari rezeki.

“Saya tidak lagi melihat wang adalah segala-galanya kerana ia tidak mampu membeli kebahagiaan yang saya nikmati hari ini.

“Bukan bermakna wang tidak penting, namun saya tidak mahu terlalu mengejar kebendaan. Kita perlu realistik, wang memang penting untuk meneruskan hidup,” katanya.

Pernah dihadiahkan pakej umrah oleh isterinya, Zain bersyukur Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tidak lokek berkongsi rezeki bersama insan yang disayanginya.

“Ada sahaja benda atau hadiah yang akan diberikan sebagai tanda ingatan. Dia memang suka membawa ahli keluarga dan teman rapat keluar makan, mungkin berkat keikhlasannya itu membuatkan rezeki Che Ta bertambah murah,” katanya.

Tidak pernah memberikan isyarat untuk meninggalkan dunia lakonan, bapa kepada Aaisyah Dhia Rana itu berkata, dia sebenarnya rindu untuk kembali beraksi di depan kamera.

“Minat itu masih ada. Kali terakhir saya berlakon dalam produksi arahan Michael Ang iaitu telefilem Hantu Judi dan Syirik, tahun lalu.

“Saya akur, tawaran berlakon sudah tidak sekencang dulu ketika masih muda. Tubuh saya juga tidak seperti dulu, jadi produksi mesti fikir dua tiga kali sebelum memberikan tawaran.

“Insya-Allah, kalau ada tawaran watak yang sesuai, memang saya mahu kembali berlakon. Tetapi, sebelum itu, saya perlu menjaga semula badan supaya nampak lebih segak di skrin televisyen,” katanya.

Adik kepada Sasha Saidin itu berkata, sementara menanti peluang, dia mengambil inisiatif menerbitkan program sendiri untuk siaran YouTube.

“Saya ada berbincang dengan rakan artis lain untuk muncul dalam saluran YouTube sendiri. Tidak kira penerbitan drama atau program travelog, teknologi yang ada harus dimanfaatkan. Mungkin dari situ, penerbit akan sedar saya masih aktif,” katanya. -BH ONLINE

Tags: Che Tache ta dan zain saidinZain Saidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azmeer, Sufian Bersemuka Selesai Isu Kontroversi ‘Suara Kemek’

Next Post

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

Related Posts

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

10/12/2024
0

DAMANSARA - Pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada Selasa. IKUTI...

Disuruh Jadi Ibu Remy Ishak, Che Ta Tak Mahu!

24/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Pelakon yang sentiasa menjaga keterampilan, Rozita Che Wan, mengaku baru-baru ini terpaksa menolak tawaran untuk menggalas watak...

Next Post

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd