• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tak Pernah Dengar Syarikat Judi Taja Polis

oleh
15/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak pernah dengar syarikat judi menaja lawatan pegawai-pegawai polis selama beliau menjadi perdana menteri.

Beliau juga pelik dengan dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa lawatan yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun itu diluluskan pada 2017, iaitu semasa pentadbiranya.

“Semalam, Lim dengan bangganya berkata kos lawatan pegawai polis ke Turki tidak guna wang rakyat, tetapi ditaja syarikat judi Da Ma Cai.

“Selepas kuat dikecam, hari ini dia ‘taichi’ dan salahkan Barisan Nasional lagi. Tetapi sepanjang masa saya jadi perdana menteri, saya tidak pernah dengar berlakunya kejadian syarikat judi menaja lawatan polis.

“Saya juga tidak pasti dan pelik mengapa lawatan untuk 2019 boleh diluluskan 2 tahun sebelum ini, iaitu pada 2017,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau merujuk kepada kontroversi lawatan kerja polis ke Turki yang ditaja syarikat perjudian, yang didakwa diluluskan bawah pentadbiran BN.

Najib berkata, mengapa kerajaan Pakatan Harapan tidak membatalkannya sekiranya benar ia diluluskan 2 tahun lalu.

“Kenapa GST, bantuan rakyat dan segala projek mega boleh dimansuhkan dalam masa 9 bulan PH memerintah, tetapi lawatan ini tidak boleh dibatalkan?” katanya.

Beliau menjawab pendedahan Lim hari ini bahawa lawatan kerja polis ke Turki itu diluluskan semasa pentadbiran BN.

Lim menjawab kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang dilapor berkata tajaan itu tidak sensitif terhadap umat Islam.

Delegasi itu dilaporkan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.

Gambar para pegawai kanan polis dalam rombongan itu disiarkan oleh laman Sarawak Report. – FMT

Tags: da ma caiJUDINajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd