• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzik Sape 50 Jam Tanpa Henti Bakal Cipta Rekod

oleh
11/02/2019
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEMBAHAN Muzik Sape Terpanjang, menjangkau 50 jam tanpa henti atau tiga hari berturut-turut, acara pertama seumpamanya dalam negara, akan berlangsung di Miri Jumaat ini.

Penerbit RTM Miri, Jude Anye yang juga penerbit acara itu berkata 50 pemain Sape termasuk seorang pakar alat muzik tradisional itu, Mathew Ngau, dijangka akan mengambil bahagian dalam acara yang dijadual bermula pagi Jumaat (15 Februari) sehingga pagi Ahad (17 Februari) di Auditorium RTM Miri, memainkan 59 melodi Sape.

“Acara ini akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Record (MBR) bagi persembahan Sape terpanjang tanpa henti,” katanya kepada Bernama di Miri hari ini dan menambah bahawa ia dianjurkan oleh RTM dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB).

Beliau berkata kebanyakan pemain Sape ini adalah dari kawasan Baram, Tinjar dan Belaga yang cukup mahir dengan alat muzik berbentuk seumpama kapal jong itu.

Katanya selepas pemain Sape itu memainkan alat muzik berkenaan selama 30 minit, beliau kemudiannya akan digantikan dengan pemain baru, dan proses itu akan berlarutan sehingga tempohnya menjangkau 50 jam.

Jude berkata acara itu akan disiarkan secara langsung menerusi radio di RTM Sarawak, berlintas langsung untuk program Selamat Pagi Malaysia, selain turut dipaparkan menerusi rancangan N5 di TV1 dan I-U di Okey TV.

Beliau berkata selain objektif utama untuk dimasukkan dalam MBR, acara itu akan menjadi platform kepada komuniti Orang Ulu terutama dari kalangan generasi muda untuk memahami dan memelihara tradisi Sape.

Katanya beliau berharap acara itu akan dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong, selaras dengan program Tahun Melawat Sarawak 2019, dan menyatukan pemuzik Sape tanpa mengira latarbelakang agama atau kaum.

Permainan Sape, alat muzik dengan seumpama gitar dengan tiga atau empat tali itu, sebelum ini hanya terhad kepada persembahan di majlis-majlis perkahwinan, sambutan pesta atau majlis-majlis kebudayaan sahaja, namun kini ia amat sinonim dengan festival-festival muzik rainforest.

Alat muzik itu pernah dimainkan oleh kumpulan Sada Borneo dalam persembahan mereka di final musim pertama Got Talent di Asia sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Malaysia Book of Recordmuzik sape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Di Matamu’ Bakal Diiktiraf Malaysia Book Of Records

24/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Sufian Suhaimi bakal mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records menerusi lagu Di Matamu yang akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd