• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Sabu Nafi Taja Dr. Suwaibah RM4 Juta

oleh
11/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dan Kementerian Pertahanan, tidak pernah menaja kos RM4 juta yang diperlukan Dr. Suwaibah Muhammad Nasir dalam misi pelari solo itu menawan 30 menara tertinggi di dunia.

Pejabat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya hanya menghulurkan sokongan kepada usaha itu, namun ia tidak menyebut bentuk sokongan yang dihulurkan, selain berkata pihak kementerian sedia menyokong usaha-usaha baik yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Adalah tidak adil kepada mana-mana atlet menuduh sokongan kepada Suwaibah sebagai berat sebelah sekiranya mereka sendiri tidak pernah bertemu dan mendapatkan sokongan Kementerian Pertahanan serta Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu),” menurut kenyataan itu.

Pada 7 Februari lalu pelari solo negara Mej. (K) Dr. Suwaibah Muhammad Nasir dilaporkan berkata beliau memerlukan dana kira-kira USD1 juta (RM4 juta) bagi melengkapkan Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.

Beliau berkata dana itu diperlukan bagi menampung kos yang tinggi termasuk penginapan, tiket kapal terbang, permohonan visa serta perkara berkaitan bagi melengkapkan misi itu. – BERNAMA

Tags: dr suwaibahMohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd