• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Minta Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

oleh
14/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Luar, Datuk Saifuddin Abdullah semalam menghubungi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn, yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa bagi menzahirkan hasrat Malaysia agar kesemua 47 warga Malaysia yang kini ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey dibebaskan dengan segera.

Ketika menghubungi Sokhonn lewat petang semalam, Saifuddin menyampaikan rasa terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Kemboja itu atas keprihatinan beliau dalam perkara itu.

“Saya juga memohon supaya pihak Kemboja dapat memberikan kerjasama dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan berhubung penahanan warga Malaysia di Kemboja.

Saifuddin berkata beliau turut menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas kerjasama yang diberikan kerajaan Kemboja terutamanya dalam membenarkan beberapa lawatan konsular daripada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terhadap tahanan tersebut.

Saifuddin berkata dua pegawai kanan Wisma Putra yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian Konsular dan Ketua Bahagian Undang-Undang Kementerian Luar telah bertolak ke Banteay Meanchey semalam untuk meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja berhubung penahanan warga Malaysia.

Khamis lepas, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Disember tahun lalu, atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Saifuddin berkata beliau telah menekankan bahawa Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang Kemboja dan kerajaan Malaysia sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya mematuhi undang-undang tempatan di mana jua mereka berada.

“Dalam hal ini, Malaysia telah memohon supaya pertimbangan ke atas perkara ini dapat dipercepatkan agar mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan kadar segera,” katanya.

Saifuddin dalam pada itu berkata Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Ruzaimi Mohamad telah berada di Banteay Meanchey sejak kelmarin untuk memberikan bantuan konsular berterusan kepada warga Malaysia yang ditahan.

Lawatan konsular itu merupakan susulan kepada bantuan konsular yang diberikan oleh pegawai Kedutaan Besar pada 22 Januari lepas.

Kedutaan Besar Malaysia juga telah memudah cara lawatan Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama beberapa anggota keluarga tahanan untuk membuat lawatan ke Penjara Banteay Manchey semalam, katanya.

Atas inisiatif kedutaan, Saifuddin berkata seorang doktor daripada badan bukan kerajaan, Hospital Beyond Boundaries, turut serta dalam lawatan itu untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada di tahap yang baik.

“Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan kes ini dengan rapi dan akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam usaha mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga di Malaysia,” kata Saifuddin. – BERNAMA

Tags: Kembojarakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd