• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Medan Magnetik Kutub Utara Dikesan Semakin Beralih

oleh
09/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKARA ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan magnetik kutub utara bumi semakin menunjukkan peralihan kedudukan yang pantas.

Magnetik kutub utara adalah titik kompas utara dan penting untuk semua jenis teknologi tunjuk arah atau navigasi.

Perkembangan yang dilapor oleh banyak media antarabangsa itu menunjukkan bacaan kedudukan kutub magnetik utara yang sentiasa bergerak, menyebabkan peta Model Magnetik Dunia (WMM) terpaksa dikemas kini hampir setiap lima tahun.

Kedudukan tersebut berganjak ke arah utara dengan purata jarak kira-kira 30 batu setahun.

Peralihan yang begitu banyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera mengemas kini bacaan WMM-nya bagi memantau Medan Magnet Bumi.

WMM merupakan bacaan rujukan buat Peta Google (Google Maps) sehingga ke sistem navigasi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Titik berkenaan juga jika tidak sama dengan geografi utara akan memberikan bacaan kritikal kepada kompas, kapal terbang dan kapal navigasi.

“Ia bergerak kira-kira 50 kilometer setahun.

“Ia tidak bergerak banyak antara tahun 1900 dan 1980, tetapi pergerakannya mula dilihat pantas dalam tempoh 40 tahun yang lalu,” kata Ciaran Beggan, seorang saintis dari British Geological Survey di Edinburgh, Scotland, kepada Reuters.

Memantau magnetik kutub utara bumi adalah penting bagi tentera Eropah dan Amerika kerana sistem navigasi mereka bergantung kepada Model Magnetik Dunia, yang berpandukan medan magnet Bumi.

Syarikat penerbangan komersil, Peta Google dan aplikasi GPS pintar juga bergantung kepada model yang sama bagi membantu juruterbang dan pengguna menentukan lokasi mereka dan mengemudi dengan sewajarnya.

Setiap lima tahun, Suruhanjaya Geologi British dan Pentadbiran Oseanik & Atmosfera (NOAA) mengemas kini Model Magnetik Dunia bagi memastikan bahawa sistem GPS dan kompas terus menggunakan rujukan yang betul.

Kemas kini seterusnya dijadualkan pada tahun 2020, tetapi titik magnet utara dilihat bergerak pantas menyeberangi International Date Line.

Para saintis tidak pasti apa yang mendorong pergerakan pantas itu, tetapi peralihan itu cukup penting bagi tentera Amerika untuk meminta kajian awal dilakukan.

Model Magnetik Dunia juga dilaporkan telah dikemas kini awal iaitu pada 4 Februari lalu. – Agensi

Tags: Kutub Utaramedan magnetik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anugerah Oscar 2019 Tanpa Kehadiran Pengacara

Next Post

Tiga Harimau Sumatera Lahir Di Sydney

Related Posts

Maznan Mat Isa: Menakluk Kutub Utara

08/04/2018
0

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles RAMAI yang masih ingat mengenai kejayaan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Malaysia (ETBKUM) yang menjadikan...

Ekspedisi Fjällräven: Rizal Peroleh Undian Tertinggi

14/12/2017
0

PENGGEMAR aktiviti ekstrem, Mohd. Khairizal bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang akan mewakili negara dalam Ekspedisi Fjällräven Polar...

Next Post

Tiga Harimau Sumatera Lahir Di Sydney

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd