• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Leher Terjerut Ditemui Dekat Kluang

oleh
20/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAYAT dipercayai seorang wanita dijumpai dalam keadaan lehernya terjerut di Sungai Parit Haji Hashim, Simpang Renggam, dekat Kluang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan telah menemui satu objek yang timbul di sungai itu kira-kira pukul 2.15 petang.

Sebaik pemeriksaan awal dilakukan di lokasi terbabit, satu mayat yang dipercayai wanita terapung dalam keadaan mengiring dan berada bersebelahan dengan tebing sungai itu.

“Setelah mayat dibawa keluar oleh anggota bomba, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan pemeriksaan dan menganggarkan mangsa berkenaan telah meninggal dunia antara tiga hingga empat hari.

Manakala usia, bangsa dan umur mangsa tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat yang hampir reput,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Mohd Abduh berkata melalui pemeriksaan lanjut, didapati terdapat dua lilitan kain yang digunakan untuk menjerut leher mangsa dan terdapat kesan plastik terbakar melekat pada seluar jeans biru serta baju berwarna coklat yang dipakai mangsa.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada badan mayat itu.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Semakan rekod orang hilang sedang dijalankan dan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek sedang giat dilaksanakan bagi membantu siasatan,” kata beliau.

Mohd Abduh berkata pada sesiapa yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes itu ASP K Karthiggaibalan di talian 019-577 7221 untuk proses pengecaman mayat. – BERNAMA

Tags: mayat wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sahkan Temui Mayat Wanita Tidak Berpakaian, Tangan Diikat

Polis Sahkan Temui Mayat Wanita Tidak Berpakaian, Tangan Diikat

30/10/2025
0

SERDANG: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue...

Kes Spanco: Muhyiddin Beri Penjelasan

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

24/02/2024
0

IPOH - Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd