• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manusia Tertinggi Di Malaysia Tarik Perhatian

oleh
15/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHADIRAN lelaki yang mempunyai ketinggian luar biasa mencuri perhatian pengunjung di Program Pemimpin Turun Padang di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh 3, Gua Musang, semalam.

Mohd Azli Hisyam Abdul Ghafar, 25, yang mempunyai ketinggian 220 sentimeter yang tinggal di RKT tidak berhenti melayan orang ramai untuk bergambar dengannya sebagai kenangan.

Dia yang pernah menerima sijil daripada Malaysia Book Of Records turut bergambar kenangan bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Datuk Sazmi Miah.

Mohd Azli Hisyam mengakui dia sentiasa menjadi perhatian sejak di sekolah lagi kerana memiliki ketinggian luar biasa berbanding remaja lain.

Katanya, dia turut dipanggil ‘panjang’ dalam kalangan rakannya.

“Saya tidak boleh beli pakaian kerana tiada saiz, jadi saya terpaksa menempah dengan tukang jahit.

“Semua kehidupan memang tidak sama dengan orang termasuk katil juga dibina lebih panjang sedikit jika tidak sukar untuk tidur.

“Apapun saya tetap bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan normal walaupun hanya ketinggian luar biasa sikit,” katanya.

Anak kedua daripada lapan beradik itu berkata, pada Oktober tahun lalu dia menjalani pembedahan kepala bagi buang ketumbuhan.

“Saya masih menganggur dan hanya membantu bapa berniaga di kedai makan di RKT KESEDAR Paloh ini dan akan cuba mencari pekerjaan selepas ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: manusia tertinggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terpaksa Ukur Baju Raya Guna Tangga

25/05/2019
0

GUA MUSANG - Kepanjangan tubuh badan luar biasa yang dimiliki menyebabkan baju raya perlu ditempah khas sehingga tukang jahit terpaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd