• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bangladesh Maut Dihempap Forklift

oleh
07/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki warga Bangladesh maut selepas dipercayai dihempap ‘forklift’ dipandunya yang terbalik di jalan berhampiran Ostrich Farm, Kampong Pasir, Jalan Sungai Lalang, Semenyih petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 5.32 petang dan segera mengerahkan lapan anggota dan pegawai ke lokasi bagi melakukan kerja menyelamat.

“Setelah tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa dikenali sebagai Azmir telah dihempap forklift pada bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Semenyih,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa berusia 21 tahun itu menggunakan beg udara sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu di Johor Bahru, seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Balau, Desaru dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fadli Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Nurul Ain Sajali, 9, berasal dari Kota Masai, dekat Pasir Gudang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.03 petang dan seramai 10 anggota bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit.

“Difahamkan, kanak-kanak itu pergi ke pantai tersebut bersama ibu bapa dan anggota keluarga lain. Kehilangannya disedari keluarga pada kira-kira 3 petang lalu melakukan pencarian sendiri sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Fadli berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan setakat ini (9.30 malam), namun, hanya ditumpukan di persisiran pantai.

Katanya keadaan laut di lokasi kejadian dilihat bergelora dan bendera merah turut berkibar sebagai amaran keadaan laut tidak selamat bagi pengunjung.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diperluaskan mulai 7 pagi ibi, katanya. – BERNAMA

Tags: dihempaplemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd