• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapah Mayat, Makan Hati, Minum Darah Rakan

oleh
05/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Seorang lelaki yang digelar pontianak selepas meminum darah rakan kolej yang dibunuhnya ditangkap baru-baru ini selepas didapati bekerja sebagai doktor dengan menggunakan sijil palsu apabila keluar dari hospital sakit jiwa di Russia.

Boris Kondrashin, 36, ditahan polis selepas dikesan bertugas sebagai doktor hampir dua setengah tahun dengan menjadi pakar sakit jiwa dan pakar merawat ketagihan di beberapa hospital di Chelyabinsk.

Kondrashin menggemparkan Russia kira-kira 20 tahun lalu selepas dia membunuh rakan kolejnya sebelum melapah mayat, memakan hati serta meminum darah mangsa.

Dia juga membuat senarai 10 rakannya untuk dibunuh dan dimakan organ mereka seperti diarahkan syaitan.

Lelaki itu yang mengaku sebagai pontianak dihantar ke hospital sakit jiwa selepas hakim mendapati dia tidak siuman ketika melakukan jenayah berkenaan.

Bagaimanapun, selepas lebih 10 tahun dirawat, Kondrashin diisytiharkan sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital itu.

Selepas keluar dari hospital, Kondrashin mahu meneruskan cita-citanya untuk menjadi doktor tetapi lelaki itu dilaporkan membeli sijil kolej perubatan palsu yang membolehkannya bertugas di beberapa hospital di Chelyabinsk.

Bagaimanapun, identiti Kondrashin terbongkar selepas seorang pesakit wanita yang juga rakan sekelas dan antara tersenarai sebagai mangsa yang ingin dibunuhnya bertemu lelaki itu.

“Apabila dia melihat saya, Kondrashin terus keluar dari bilik dan ketawa dengan kuat,” kata wanita itu.

Kondrashin ditangkap tidak lama selepas itu selepas wanita berkenaan membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan diterima bertugas sebagai doktor selepas dia membeli sijil perubatan palsu.

Polis juga menyiasat nasib pesakitnya sepanjang dua tahun setengah Kondrashin menyamar sebagai doktor, pakar sakit jiwa dan pakar rawatan ketagihan. – Agensi

Tags: doktorPontianak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mesir Dedah Penemuan 50 Mumia

Next Post

Wanita Tertua Dunia Meninggal Dunia Ketika Berdoa

Related Posts

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

08/03/2025
1

GEORGE TOWN - Polis menerima satu lagi laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada seorang doktor perubatan sebuah...

Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor

Jenazah Bayi Beku: Polis Rakam Percakapan Ibu Bapa, Doktor

14/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan ibu bapa dan doktor berhubung isu mayat bayi lelaki 'disimpan' dalam peti sejuk di...

Next Post

Wanita Tertua Dunia Meninggal Dunia Ketika Berdoa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd