• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Musa Aman Ditangguh 5 Mac

oleh
20/02/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASUKAN pembelaan mewakili bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang didakwa atas 35 pertuduhan rasuah berjumlah AS$63.3 juta (RM263 juta) melibatkan kontrak konsesi balak di Sabah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan bahawa pihak pembelaan menfailkan permohonan itu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata pihaknya masih belum memutuskan sama ada untuk membantah atau sebaliknya permohonan itu dan memerlukan masa untuk mengkaji permohonan berkenaan.

Mohamed Zaini menetapkan 5 Mac untuk pengurusan kes dan meminta pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah pada hari itu sekiranya pihak pendakwaan berniat untuk membantah atau sebaliknya terhadap permohonan pembelaan itu.

Pada 5 November 2018, Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri berkenaan berjumlah AS$63,293,924 (RM263,460,962.313) daripada lapan pemilik syarikat konsesi balak.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di lapan institusi kewangan di Hong Kong dan Singapura antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau denda RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Musa Amanrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd