• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kekang Bocor Rahsia, Keluar Garis Panduan

oleh
19/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dan beberapa peralatan komunikasi dalam mesyuaratnya yang membincangkan perkara rahsia dan keselamatan negara bagi mengekang kebocoran.

Dalam satu surat bertarikh 31 Januari lalu berkaitan larangan itu kepada ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Datuk Sanusi Sidek, turut menyertakan lampiran ‘Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Bimbit atau Alat Komunikasi Lain Dalam Mesyuarat Kerajaan’.

“Penggunaan telefon bimbit dan alat komunikasi lain secara tidak terkawal dalam agensi kerajaan boleh mendatangkan implikasi buruk serta membahayakan di samping boleh melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 sekiranya berlaku kebocoran atau kecurian maklumat,” katanya dalam surat itu.

Isu kerahsiaan itu dibangkitkan oleh Polis Diraja Malaysia menerusi surat Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman kepada Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini yang disifatkan semakin membimbangkan.

Selain larangan telefon bimbit, peralatan lain yang disebut dalam surat berkenaan ialah kamera digital, jam pintar, perakam video dan pen pintar.

Sanusi dalam surat itu berkata penggunaan peralatan terbabit tanpa kawalan juga mempunyai pelbagai implikasi negatif seperti penyalahgunaan mengumpul, merakam, menyiar, menular dan menyampaikan maklumat kerajaan kepada pihak lain tanpa kebenaran.

“Mengikut kepada situasi masa kini, trend penyebaran atau kebocoran maklumat kerajaan menerusi telefon bimbit semakin membimbangkan.

“Bagi tujuan kawalan, ketua jabatan hendaklah menentukan zon larangan penggunaan peralatan komunikasi yang mampu merakam maklumat.

“Di samping itu, ketua jabatan juga perlu menetapkan kaedah penggunaannya bagi memastikan maklumat rahsia rasmi kerajaan diberikan perlindungan sepenuhnya.

“Penentuan zon larangan ini termaktub dalam Perenggan 130, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) dan perlu dipatuhi semua jabatan dan agensi kerajaan,” katanya dalam surat berkenaan.

Keperluan penetapan zon atau tempat larangan berkenaan perlu mengambil kira risiko kebocoran maklumat yang berkemungkinan berlaku dalam mesyuarat penting kerajaan membabitkan keputusan dasar di peringkat Persekutuan atau negeri.

Dalam surat itu, Sanusi memaklumkan antara mesyuarat yang dikelaskan sebagai berisiko itu ialah mesyuarat Kabinet, mesyuarat EXCO, berkaitan keselamatan negara, dasar luar yang memberi impak tinggi kepada keputusan kerajaan, mesyuarat pengurusan tertinggi kementerian, jabatan atau agensi; mesyuarat lembaga perolehan tender atau sebut harga dan operasi penguatkuasaan.

Sanusi berkata kegagalan mematuhi larangan dikuatkuasakan boleh mengakibatkan rahsia rasmi kerajaan terdedah kepada ancaman kebocoran maklumat sehingga boleh menjejaskan imej pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara. – BH Online

Tags: pakatan harapanrahsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengantin Baharu Didenda RM4,000 Simpan Gambar Porno Kanak-kanak

Bocorkan Rahsia Negara, Imran Khan Dihukum Penjara 10 Tahun

30/01/2024
0

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan diplomat...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd