• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia Ditahan Di Penjara

oleh
15/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey dibebaskan lewat petang ini, selepas beberapa rundingan dengan kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen selepas mendapati semua tahanan itu ditipu sindiket ejen pekerjaan.

“Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, kita sudah melihat dan meneliti semua perkara yang tahanan dari Malaysia terdaya oleh sindiket ejen perkerjaan.

“Kita juga melihat dari segi hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah lama terjalin,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Khamis lalu, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Disember tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Mustapha berkata, selain Wisma Putra, beberapa pemimpin dan wakil rakyat dari Sarawak turut berada di Kemboja beberapa hari lalu untuk membincangkan penyelesaian bagi membebaskan tahanan terbabit.

Dalam pada itu, ibu salah seorang tahanan, Zunita Sedini sebelum ini berkata, anaknya Yusuf Islam bersama 46 lagi rakyat Malaysia dijanjikan peluang pekerjaan dengan bayaran lumayan sehingga AS$1,500 (lebih RM6,000) namun semuanya hanya sandiwara kerana setibanya di Kemboja, mereka tidak mendapat pekerjaan dijanjikan. – BERNAMA

Tags: Kembojarakyat MalaysiaTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd