• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutawan Nak Beli Gunung RM63 Juta!

oleh
10/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA ditanya apakah yang anda akan lakukan jika anda seorang jutawan, anda mungkin mahu membelikan sebuah rumah untuk ibu bapa atau mengembara ke destinasi menarik.

Namun, seorang jutawan memutuskan untuk mengabadikan keluarganya di atas batu.

Menerusi pusat belian mewah dalam talian HushHush.com, satu permintaan iklan untuk mengukir wajah pada gunung yang bernilai £12 juta (RM63 juta) telah dimuat naik.

Jutawan itu menghantar pesanan kepada kakitangan laman web itu selepas membeli seutas rantai mewah dengan berkata: “Terima kasih kerana membantu saya minggu lalu.

“Isteri saya menyukai rantai itu. Saya ada permintaan lain… Saya terfikir jika anda tahu mana-mana gunung untuk dijual?

“Mungkin gunung yang bertebing? Tujuan saya bertanya adalah kerana saya ingin membelinya dan mengukir wajah keluarga saya sebagai satu kejutan.

“Bagus jika dapat abadikan keluarga saya dan ini adalah cara yang menyeronokkan serta unik untuk melakukannya.

“Saya terfikir untuk melakukannya seperti Mount Rushmore.”

Nilai RM63 juta itu hanyalah untuk membeli gunung dan pelanggan misteri tersebut akan membayar upah mengukir kepada profesional pada harga berasingan.

Gunung tersebut harus mampu memuatkan wajah pelanggan misteri itu, pasangannya, empat anak mereka dan juga seekor anjing peliharaannya.

Jutawan itu juga pernah menghadiahkan pulau persendirian untuk keluarganya pada dua tahun lalu. – Metro UK

Tags: gunungjutawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

Daripada Hobi, Jadi Jutawan

31/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Minatnya terhadap barangan antik mula bercambah sejak di bangku sekolah lagi apabila melihat ayah, bapa saudara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd