• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Dirakam Tidur Ketika Bertugas

oleh
25/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang juruterbang syarikat penerbangan China Airlines dirakam sedang tidur di bahagian kokpit ketika sedang mengendalikan sebuah pesawat Boeing 747 baru-baru ini.

Satu rakaman video berdurasi 30 saat dirakam pembantunya memaparkan juruterbang, Weng Jiaqi yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun tidur sambil duduk dengan kepalanya tertunduk dalam kokpit pesawat tersebut.

“Keletihan memang tidak dapat dielakkan tetapi sebagai juruterbang berpengalaman, dia perlu menunjukkan contoh baik untuk anak buahnya,” tegas seorang juruterbang China Airlines yang enggan dikenali kepada rangkaian berita EBC News.

Menurut laporan media, video itu tersebar selepas tujuh hari juruterbang China Airlines menamatkan mogok kerana tidak berpuas hati isu kebajikan antaranya keletihan juruterbang dan waktu kerja yang panjang.

Juruterbang itu berdepan pertuduhan mengabaikan prosedur keselamatan penerbangan dan dikatakan telah menerima hukuman setimpal. Pembantu juruterbang itu turut dikenakan tindakan kerana tidak mengejutkan Jiaqi, sebaliknya hanya merakam kejadian tersebut. – Agensi

Tags: Juruterbangtertidur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

Arab Saudi Hadkan Halaman Sekitar Kaabah Hanya Kepada Jemaah Umrah

Juruterbang Batik Air Tertidur Di Tengah Penerbangan

09/03/2024
0

SEORANG juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd