• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Sijil Akademik: PM Tentukan Siapa Yang Layak

oleh
11/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Layak atau tidak seseorang itu untuk berada dalam Kabinet hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri mempunyai segala maklumat tentang anggota Kabinetnya termasuk kelayakan akademik.

“Semua hal peribadi termasuk maklumat mengenai sijil akademik ada pada Tun Mahathir. Beliau boleh menentukan individu tersebut perlu dikekalkan di dalam Kabinet atau tidak, jadi saya tidak mahu komen apa-apa berkenaan certificate orang lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemimpin kerajaan yang terpalit isu sijil akademik perlu meletak jawatan.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Rakan Penaja Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019, di sini. – BERNAMA

Tags: Mohamad Sabusijil palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd