• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Jamaluddin Jarjis Saman 2 Cucu Isu Harta Pusaka

oleh
12/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMINAH Abdullah yang merupakan ibu kepada bekas anggota parlimen Rompin, Allahyarham Jamaludin Jarjis, memfailkan saman terhadap dua orang cucunya berhubung kegagalan mereka memasukkan syer tiga buah syarikat dalam senarai aset harta pusaka dianggar bernilai RM1.3 bilion.

Aminah, 85, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Januari lepas menerusi Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik, dengan menamakan Nur Anis Jamaludin, 34, dan Ikwan Hafiz Jamaludin, 32, sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah Tinggi menetapkan 2 April untuk pengurusan kes saman berkenaan di hadapan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril.

Peguam Aqilah Pawancheek yang mewakili Aminah memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norliza Hussin di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam penyataan tuntutannya, Aminah mendakwa defendan pertama dan kedua sebagai pentadbir bersama harta pusaka Jamaludin (simati) gagal memasukkan syer tiga syarikat sebagai aset harta pusaka di dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir sewaktu kematian simati pada 4 April 2015 dan gagal memasukkan syer itu di dalam tanggungan sejak 6 Julai 2017.

Aminah juga mendakwa kedua-dua defendan gagal memasukkan syer tiga syarikat iaitu syarikat Rantai Wawasan Sdn. Bhd., Alpine Motion Sdn. Bhd., Ivory Insight Wawasan Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada aset harta pusaka simati dan dibuat dengan tujuan menafikan hak dan kepentingan plaintif sebagai benefisiari harta pusaka si mati.

Plaintif juga mendakwa kedua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154, dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaludin, dan gagal memberi maklumat berhubung dengan harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.

Defendan-defendan juga didakwa gagal memasukkan sebuah apartmen di Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta ke dalam senarai aset yang dilampirkan bersama surat pentadbiran.

Defendan kedua juga didakwa gagal memaklumkan kepada plaintif bahawa beliau telah memperolehi sijil faraid bagi harta pusaka daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Oktober 2016.

Kedua-dua defendan juga didakwa meminta plaintif menandatangani dua dokumen iaitu surat penolakan berkaitan permohonan kedua-dua defendan untuk geran surat kuasa mentadbir harta pusaka simati dan satu ikatan perkiraan keluarga, tanpa plaintif diberi peluang mendapatkan nasihat undang-undang di mana defendan-defandan mengetahui bahawa Mohd Najib Hussain adalah peguam plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut namanya dimasukkan dalam senarai pentadbir bersama harta pusaka kerana Aminah sebagai ibu kandung yang sah kepada si mati mempunyai kepentingan dalam harta pusaka.

Beliau juga menuntut defendan pertama dan kedua membayar dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan dari pegangan syer tiga buah syarikat itu ke dalam akaun plaintif dalam tempoh 21 hari dari tarikh perintah dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: Jamaludin Jarjissaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bumi Bakal Berdepan Kepupusan Seranggga

Next Post

6 Bekas Ahli Parlimen UMNO Masuk Bersatu

Related Posts

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Next Post

6 Bekas Ahli Parlimen UMNO Masuk Bersatu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd