• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duterte Cadang Ubah Nama Filipina Kepada ‘Maharlika’

oleh
13/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Dalam cita-cita untuk berganjak daripada masa silam yang dikaitkan dengan era kolonial, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melontarkan cadangan untuk mengubah nama negaranya kepada ‘Maharlika’.

Perkembangan terbaru yang mendapat liputan hampir kesemua media di Filipina itu, antara lain turut melaporkan bahawa hasrat berkenaan pernah disuarakan oleh bekas pemimpin Ferdinand Marcos yang mahukan nama ‘Maharlika’ yang bermaksud ‘kemuliaan’ atau ‘bangsawan’.

“Mari kita menukarnya, suatu hari nanti.

“Marcos berkata benar. Dia mahu menukar kepada nama itu kerana itu perkataan Melayu,” ujar Duterte pada Isnin selepas memberikan geran tanah kepada penduduk di wilayah Muslim Maguindanao.

Filipina merupakan jajahan Sepanyol selama 350 tahun dan dinamakan sempena Raja Philip II. Selepas kekalahan Sepanyol dalam perang Sepanyol-Amerika pada 1898, Filipina menjadi wilayah tadbir Amerika Syarikat sehingga meraih kemerdekaan pada 1946.

Dalam masayarakat Tagalog sebelum era penjajahan, Maharlika merupakan darjah kemuliaan pahlawan yang kedudukannya berada di antara orang biasa dan lapisan pemerintah Maginoo.

Kata-kata Duterte itu bagaimanapun hanyalah suatu cadangan. Menurut jurucakap Presiden, Salvador Panelo, hasrat tersebut tidak disertai sebarang langkah rasmi.

Untuk melaksanakan perkara itu juga, bermakna perlembagaan Filipina perlu ditulis semula dan memerlukan kelulusan umum menerusi referandum, tambah Panelo.

Lontaran idea Duterte itu juga mendapat kritikan daripada golongan sejarawan, yang mendakwa makna ‘Maharlika’ telah disalah erti, dan sebenarnya kata-kata itu hanya akan membawa Filipina kembali ke era pra-Hispanik.

Ketika pemerintahan Marcos, ‘Maharlika’ juga nama yang diberikan kepada unit gerila pimpinannya semasa Perang Dunia Kedua. – Agensi

Tags: FilipinaRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd