• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

oleh
26/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei untuk lawatan rasmi selama dua hari.

Pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia, RMF 426, yang dinaiki Dr Wan Azizah mendarat jam 10.53 pagi dan beliau diiringi Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei, Datuk Seri Dr Awang Amin Liew Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Datuk Seri Setia Awang Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam.

Lawatan Dr Wan Azizah ke Brunei adalah siri lawatan pengenalan beliau ke negara anggota Asean ini selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Mei tahun lalu.

Hari ini, Wan Azizah akan menghadap Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan disusuli menghadap isteri Sultan Brunei, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Beliau kemudian akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei yang juga menteri bertanggungjawab di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin.

Ini diikuti sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Brunei Darussalam di sebuah hotel di sini.

Esok, Wan Azizah akan menghadiri sesi perbincangan meja bulat dengan 40 pemain industri dan wakil perniagaan Brunei.

Ini disusuli lawatan ke Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Brunei sebelum menghadap Putera Mahkota Brunei Darussalam, yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Lawatan Dr Wan Azizah seterusnya ialah ke Pusat Bahagia Brunei, yang juga sebuah pusat dan kelas jagaan anak kurang upaya, sebelum beliau berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada petang esok. – BERNAMA

Tags: BruneiDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailTimbalan Perdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd