• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Donald Trump ‘Ugut’ Sekutu Eropah

oleh
18/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu negara-negara Eropah mengambil kembali lebih 800 militan Daesh terdiri daripada warganegara blok berkenaan.

Trump meminta supaya militan-militan tersebut dibicarakan di mahkamah Eropah.

“AS meminta Britain, Perancis, Jerman dan negara sekutu lain di Eropah untuk mengambil kembali lebih 800 militan Daesh yang kami tangkap di Syria untuk didakwa di mahkamah.

“Kumpulan pengganas itu semakin hampir untuk tumbang. Alternatifnya adalah tidak baik kerana kami terpaksa melepaskan mereka sekiranya Kesatuan Eropah (EU) enggan menerima semula mereka,” kata Trump dalam satu kenya­taan menerusi Twitter malam kelmarin.

Beliau merujuk kepada lebih 800 militan Daesh yang kini ditahan oleh pembe­rontak disokong AS, Tentera Demokratik Syria (SDF) di Syria.

Pentagon memaklumkan kepada saluran berita CNN awal bulan ini bahawa kesemua tawanan perang itu datang dari lebih 40 negara termasuk Eropah.

“Kami sudah lakukan terlalu banyak dan berbelanja sangat banyak. Sampai masanya, pihak lain pula tampil dan menggalas tugas yang sememangnya mereka mampu laksanakan. Kami akan berundur selepas kemenangan 100 peratus di sana,” tambah Trump lagi.

Ramai dalam kalangan militan Daesh itu datang dari negara-negara Eropah dan SDF yang diketuai bangsa Kurdis mahu negara asal mereka mengambil kembali warganegaranya.

Menjelang pengunduran sepenuhnya AS dari Syria, terdapat kebimbangan tentang nasib militan Daesh tersebut sekiranya Turki menyerang kawasan yang dikuasai SDF yang berbangsa Kurdis itu.

Kerajaan AS pernah mendesak sekutunya di Eropah supaya mengambil kembali rakyat mereka yang ditahan di Syria kerana menyokong Daesh.

Bagaimanapun, kerajaan negara-negara EU masih teragak-agak untuk berbuat demikian kerana tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anggota militan terbabit menyertai Daesh di mahkamah Eropah.

Kerajaan Britain sendiri masih ber­belah bahagi tentang tindakan lanjut yang perlu diambil selepas seorang remaja Britain meluahkan hasrat ingin pulang ke London setelah dia melarikan diri untuk menyertai kumpulan Daesh beberapa tahun lalu. – Agensi

Tags: Daesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd