• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Yakin Mampu Rebut Slot Ke Olimpik

oleh
11/02/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di sebalik peningkatan prestasi pemain muda negara, jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei tetap berkeyakinan dapat bersaing untuk merebut slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Mengakui berdepan persaingan sengit, khususnya daripada Lee Zii Jia dan pemain profesional Liew Daren yang masing-masing beranking ke-28 dan -29 dunia, Chong Wei yang kini di tangga ke-30, berkata peluangnya tetap ada untuk membaiki kedudukan.

“Jangan kata saya tidak layak (ke Sukan Olimpik). Sasaran saya adalah mahu beraksi di Sukan Olimpik buat kali kelima.

“Apa saja boleh berlaku,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini pada Isnin.

Beliau memberi contoh kejayaan dua beregu negara pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang membuat kejutan apabila meraih pingat perak.

“Ketika itu kontinjen dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya sasar satu pingat sahaja iaitu saya. Jadi jangan berputus asa. Dalam kejohanan besar, banyak pemain membuat kejutan,” katanya.

Pemain berusia 37 tahun itu turut memohon kepada semua pihak agar memberikan sokongan moral kepada pemain negara berbanding membebankan mereka dengan tekanan yang tidak perlu.

Dalam pada itu Chong Wei mengesahkan beliau akan membuat kemunculan semula pada saingan Terbuka Malaysia, April depan selepas berehat panjang susulan kanser hidung yang dihidapinya.

Mengenai perkembangan latihannya, Chong Wei berkata fokusnya ketika ini ialah meningkatkan semula kecergasan otot serta ketahanan fizikalnya.

“Tahun ini sangat penting untuk semua pemain kerana tumpuan adalah layak ke Sukan Olimpik. Jika tiada peningkatan dalam setiap kejohanan tahun ini, peluang untuk perbaiki ranking semakin sukar jadi pemain perlu tunggu empat tahun lagi untuk ke Olimpik.

“Jurulatih telah menerangkan mengenai kejohanan apa yang akan disertai pemain. Bermula Mei ini adalah paling penting untuk pemain mengumpul mata ke Sukan Olimpik. Pemain tidak boleh ambil mudah dalam apa jua kejohanan. Saya percaya beraksi ke Sukan Olimpik adalah impian semua pemain,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong WeiOlimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd