• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumi Rata Atau Sfera?

oleh
23/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Peningkatan jumlah individu yang percaya bumi adalah bulat disebabkan oleh video meyakinkan yang mempromosikan maklumat salah di YouTube.

Perkara itu terbongkar ketika penyelidik menghadiri persidangan ‘bumi rata’ di North Carolina dan Denver pada 2017 dan 2018.

Para penyelidik dari Texas Tech University berpendapat platform itu sepatutnya memaparkan senarai kandungan yang lebih seimbang berbanding teori konspirasi yang berat sebelah.

Mereka berkata YouTube perlu membuat perubahan terhadap algoritma untuk menjadikan sistem mereka lebih tepat selain meminta pakar menghasilkan kandungan menolak maklumat salah seumpama itu.

Hasil temu bual bersama 30 peserta mendapati hanya seorang yang percaya bumi adalah bulat, namun pendirian itu berubah selepas mereka menonton klip video di YouTube.

Terdapat beberapa video mempromosikan teori konspirasi bumi rata di laman tersebut.

Salah sebuah video paling popular berdurasi dua jam adalah ‘200 proofs Earth is not a spinning ball’ yang turut dijadikan buku dengan 20 terjemahan bahasa.

“Terdapat maklumat yang berguna di YouTube, namun banyak juga maklumat yang salah.

“Percaya bumi ini rata bukanlah suatu perkara yang mendatangkan keburukan.

“Tetapi, ia mewujudkan ketidakpercayaan dalam institusi dan autoriti secara umumnya,” kata Prof. Asheley Landrum yang turut melakukan penyelidikan tentang perkara itu.

Landrum bagaimanapun berpendapat terdapat keperluan terhadap saintis dan penyokong sains menghasilkan video mereka sendiri untuk menjawab tentang teori konspirasi dan persoalan sama ada bumi ini rata atau berbentuk sfera.

“Satu-satunya alat untuk menyekat maklumat salah adalah dengan menyalurkan maklumat yang betul,” jelasnya lagi. – Agensi

Tags: bumiratasferaYouTube
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Syukurlah Along Dan Angah Ditemui Selamat’

Kapsul Peregrine Dijangka Terhempas Ke Bumi

18/01/2024
0

WASHINGTON - Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis selepas ia gagal melakukan pendaratan komersial...

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

04/06/2023
0

BEIJING: Tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu kembali dengan selamat ke bumi, lapor media kerajaan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd