• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Tangan Dieksport Bersama Kentang

oleh
05/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Sebutir bom tangan era Perang Dunia Pertama buatan Jerman dijumpai dalam kotak kentang dari Perancis yang dieksport ke sebuah kilang makanan ringan di Hong Kong, kata polis.

Bagaimanapun, bom berkenaan berjaya diletupkan semalam selepas ia ditemui di kilang makanan ringan jenama Calbee itu.

“Bom tangan itu berada dalam keadaan tidak stabil kerana ia diaktifkan dicampak tetapi tidak meletup,” kata jurucakap polis, Wilfred Wong Ho-hon memberitahu wartawan.

Katanya, polis meletupkan bom itu dengan membungkusnya sebelum meletakkannya dalam parit berhampiran kilang makanan ringan itu.

Difahamkan bom itu bersaiz lapan sentimeter dan seberat sekilogram.

“Semua maklumat dari tarikh penghantaran itu menunjukkan ia diimport dari Perancis bersama kentang yang lain,” kata Wong.

Bom tangan itu dipercayai ditinggalkan dalam parit semasa perang dan secara tidak sengaja dikumpulkan bersama kentang yang ditanam seabad kemudian di lokasi itu.

“Sekiranya ia dibaluti lumpur, bom tangan itu kemungkinan tertinggal atau dicampak tetapi tidak meletup ketika perang,” kata ahli sejarah perang di Universiti Hong Kong, Dave Macri.

“Parit yang menjadi tempat perlindungan askar itu kemudian ditimbus dan dijadikan ladang. Bom tangan itu kemungkinan dituai bersama kentang dan dieksport ke Hong Kong,” jelasnya. – Agensi

Tags: bom tangankentang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Individu Bersama Objek Dipercayai Bom Tangan Ditahan

25/10/2019
0

JASIN - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama objek yang dipercayai sebutir bom tangan dalam sebuah kereta di...

Bom, Peluru Hidup Ditemui Dalam Stor Pili Bomba

21/10/2019
0

GEORGE TOWN - Polis menjumpai dua butir bom tangan dan lebih 600 butir peluru pelbagai jenis di dalam sebuah stor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd