• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Hidupkan Semula Laluan Hijrah

oleh
25/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kementerian Haji dan Umrah sedang melakukan persiapan akhir untuk projek yang akan membolehkan jemaah, pelawat dan penduduk Arab Saudi bergerak ke kota suci Madinah dengan menaiki unta melalui Laluan Hijrah yang digunakan oleh Nabi Muhammad, lapor akhbar harian Makkah.

Kementerian Haji dan Umrah me­nyatakan, pihaknya bersetuju melancarkan inisiatif itu bersama Suruhanjaya Diraja untuk Makkah dan Tempat Suci.

Projek itu termasuk membangunkan 27 hentian di sepanjang Laluan Hijrah dengan membina hotel, rumah tumpangan muzium dan bangunan lain.

Inisiatif itu diberi nama Jalan ke Thaniyat Al-Wada, merujuk kepada sebuah kawasan tanah tinggi dekat Madinah. Apabila siap kelak, pe­ngunjung boleh mengambil jalan sama yang digunakan oleh Nabi Muhammad semasa baginda berhijrah ke dari kota suci Makkah.

Laluan itu akan bermula dari Ghar Thor, gua di Bukit Thor, Makkah iaitu lokasi Nabi Muhammad dan sahabat baginda, Abu Bakar bersembunyi da­ripada puak Quraisy selama kira-kira tiga hari sebelum memulakan perjalanan ke Yathrib.

Kota Yathrib bertukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah selepas Nabi Muhammad menetap di sana.

Menurut kementerian itu, selain menaiki unta, pelawat juga boleh me­lakukan perjalanan ke Madinah melalui jalan sama menggunakan kende­raan pacuan empat roda, belon udara panas dan motosikal. Kementerian sama bagaimanapun tidak menyebut bila laluan sejauh 380 kilometer itu akan dilancarkan namun, ia dipercayai siap dalam sedikit masa lagi. – Agensi

Tags: MadinahMakkah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu akaun di platform Threads menggunakan nama Tamim Dahri menimbulkan persoalan apabila memuat naik rakaman...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd