• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

oleh
04/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Lagu dinyanyikan sendiri oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah.

Untuk rekod ia adalah kemenangan kali kedua berturut-turut gandingan Hael Husaini dan Ezra yang pernah menjuarai AJL32 tahun lalu menerusi lagu Jampi.

Manakala lagu nyanyian Dayang berjudul Lelaki Teragung pula merangkul trofi AJL31.

Naib juara AJL33 pula milik lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok nyanyian Ara Johari.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga milik lagu ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri berjudul Sampai Bila.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkobgsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Lebih manis, penyanyi lagu tersebut Misha Omar dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Manakala Persembahan Terbaik pula milik  Sufian Suhaimi menerusi persembahan lagu Di Matamu.

Sufian membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar dan trofi.

AJL33 dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar.

Malam kemuncak AJL33 turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan Search dan DJ Fuzz menerusi lagu Gagalista.

Selain itu, Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali turut muncul membuat persembahan dengan lagu Seribu Impian.

Manakala penutup AJL33 diserikan dengan gabungan penyanyi rap lama dan baharu iaitu Nico G, Juzzthin, Balan, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra dan Alif dengan lagu seperti Inilah Nasibku, Anak Ayam, Nak Ke Tak Nak, Bangun, Apa Khabar, Sampai Jadi dan Sang Saka Biru.

PEMENANG AJL33:

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (RM50,000)
Naib Juara: Bunga – Ara Johari (RM35,000)
Tempat ketiga: Sampai Bila – Misha Omar (RM20,000)
Vokal Terbaik: Misha Omar (RM12,000)
Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi (RM12,000)

Tags: AJL33Dayang NurfaizahHael Husaini
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis Kenakan Caj ‘Bercakap’ Kepada Bekas Kekasih

Next Post

Siti Nurhaliza Tiada Kaitan PRK DUN Semenyih

Related Posts

Haram ‘Bunga’ Sampai Bila-Bila, Pesan Annuar Musa

04/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke- 33 semalam menjadi jenaka politik dikalangan pemimpin dan penyokong pembangkang hari...

Sufian Hanya Serap Aura Positif Tweet Elfira

04/02/2019
0

PENYANYI Sufian Suhaimi berterima kasih atas setiap doa serta ucapan positif diterimanya sewaktu beraksi di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33)...

Next Post

Siti Nurhaliza Tiada Kaitan PRK DUN Semenyih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd