• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Kahwini Adik Demi Berhijrah Ke Australia

oleh
03/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG abang sanggup mengahwini adik kandungnya sendiri menggunakan dokumen palsu bagi memulakan kehidupan baharu bersama-sama di luar negara.

Namun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta tetapi mahu berhijrah ke Australia melalui penipuan Imigresen.

Adik-beradik itu meyakinkan sebuah mahkamah untuk mendaftarkan hubungan mereka di Punjab, negara bersempadan dengan Pakistan dengan dokumen milik sepupu mereka yang mempunyai visa Australia.

Pasangan itu kemudiannya mengembara ke Australia sebagai suami isteri di mana mereka diberikan visa pasangan negara itu, lapor The Australian.

Inspektor polis Jai Singh berkata, “Mereka menipu sistem sosial, perundangan dan agama, semua dilakukan untuk kegilaan, keinginan dan hasrat untuk pergi ke luar negara.

“Kami melakukan serbuan tetapi mereka melarikan diri dan kami tidak dapat menahan sesiapa,” katanya.

Jai berkata polis telah membuka enam kes siasatan terhadap enam individu yang terlibat dengan penipuan Imigresen.

Namun katanya, pasangan adik-beradik yang berkahwin dalam usaha untuk mengembara ke luar negara tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Abang dan adik (perempuan) berkahwin adalah yang kes pertama dan kami amat terkejut mengenainya,” kata Jai.

Seorang jurucakap Jabatan Menteri Dalam Negeri berkata: “Semua identiti yang disediakan dengan permohonan visa diperiksa dengan teliti… dan jika perlu disahkan dengan pihak berkuasa berkaitan di negara pengeluar.”

Menurut jabatan itu lagi, mereka tidak mempunyai kuasa ke atas pasport luar negara yang tulen yang diperoleh menggunakan dokumen penipuan. – Mirror.co.uk

Tags: adik-beradikAustraliakahwin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak ‘Istimewa’ Bantu Jaga 3 Abang Kurang Upaya

Next Post

Remaja Bunuh Diri Selepas Main Permainan Video

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Remaja Bunuh Diri Selepas Main Permainan Video

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd