• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Juta Tontonan ‘Pujaan Hati Kanda’

oleh
01/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA bersiri Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 mencatat 12 juta tontonan sepanjang 28 episod yang berakhir siarannya pada Isnin lalu.

Drama lakonan hebat Remy Ishak dan Mira Filzah itu turut mencipta sejarah apabila meraih jumlah tontonan tertinggi di YouTube TV3 Malaysia iaitu melebihi 30 juta tontonan.

Kejayaan buat drama itu juga apabila episod akhir ditonton lima juta penonton.

Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, kejayaan drama itu turut disokong lakonan hebat Syazwan Zulkifly sebagai Pali dan Reen Rahim (Kak Su).

“Drama ini bukan saja tular sebab Kanda Danny (Remy), tetapi watak antagonis Pali dan Kak Su hingga mendapat kecaman netizen di laman sosial.

“Bagi saya, semua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu ia diterima baik oleh orang ramai.

“Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama Melayu di TV3. Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda,” katanya.

Watak Remy yang dipanggil Kanda Danny hangat diperkatakan sejak ia mula ditayangkan bulan lalu.

Selain itu, dek penangan Mira Filzah yang bergambar di sebuah pondok bas di Kampung Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka mendapat perhatian pihak Tourism Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah apabila mengambil inisiatif mencantikkan pondok bas itu.

Selain Remy dan Mira, drama adaptasi novel daripada judul sama itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syazwan Zulkifly, Reen Rahim, Azar Azmi, Sarah Hildebrand, Aidil Aziz, Aida Khalida, Dian P Ramlee dan ramai lagi. – myMetro Online

Tags: dramapujaan hati kanda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

Polis Siasat ‘Drama’ Pasangan Kekasih Warga Asing Tepi Kolam

18/02/2024
0

SUBANG JAYA - Tindakan seorang lelaki menarik rambut dan mengheret kekasihnya ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Jalan...

Drama PRU-15

Drama PRU-15

17/10/2022
0

Rakyat perlu berwaspada dengan 'drama' yang direka oleh lawan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU-15. Ikuti Mynewshub: Telegram Kelicikan lawan BN bermain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd