• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

XX Ray 3 Bakal Ditayangkan Pawagam Bulan Ini

oleh
03/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMBALI… Sebut sahaja mengenai filem Melayu genre fiksyen sains era dekad 1990-an, pasti dua tajuk akan segera muncul di ingatan iaitu XX Ray dan XX Ray 2.

Bagi para peminat tegar kedua-dua filem tempatan itu, mereka pasti bergembira kerana setelah dua dekad menyepi, sebuah filem baharu dalam francais XX Ray akan diterbitkan.

XX Ray 3, arahan Aziz M Osman, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Nusantara pada bulan ini, menurut poster dan trailer promosi yang kerap beliau muat naikkan dalam akaun Instagram peribadinya baru-baru ini.

Meskipun sudah masuk filem ketiga dalam francais itu, Aziz, 56 tahun, seolah-olah membayangkan bahawa penerbitannya bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Apabila buat sesuatu kelainan memang akan ada risiko tinggi. Mungkin ada sesetengah penerbit mahu play safe,” katanya ketika dihubungi sebuah portal berita tempatan.

“Biasa filem macam ni produksi bajet besar seperti Hollywood saja nak buat kerana ia seakan-akan mahu bunuh diri”.

Malah, Aziz turut akur perbezaan antara filem beliau dengan karya-karya yang menelan belanja lebih besar dari Barat.

“Jika hendak dibandingkan dengan Marvel memang tidak mampu terlawan,” kata beliau merujuk kepada filem-filem wirasatria berdasarkan komik-komik terbitan Marvel yang kian popular sejak puluhan tahun lalu.

Meskipun mungkin terdapat jurang dari segi saiz perbelanjaan penerbitan, ini tidak sama sekali bermakna filem XX Ray terbaharu itu tidak lagi relevan bagi masyarakat pada hari ini.

Malaysiakini melaporkan filem XX Ray 3 sebenarnya tiada kaitan dengan XX Ray dan XX Ray 2 yang masing-masing diterbitkan pada 1992 dan 1995.

Sebaliknya, ia berkisarkan pada tema alam sekitar – sesuatu isu yang hari ini diberi perhatian oleh pelbagai pihak sehingga ke tahap pemimpin antarabangsa.

Filem XX Ray 3 dijayakan para pelakon termasuk Izzue Islam, Ardell Aryana, Adam John, Ashraf Muslim, Dazrin Kamarudin dan Jalaludin Hassan.

Adakah barisan artis-artis handal ini akan berjaya mempopularkan sekali lagi francais XX Ray dan mengetengahkan isu pemuliharaan alam ke khalayak ramai dengan berkesan?

Hanya penonton dapat menjadi penilainya bermula 24 Januari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Aziz M OsmanXX Ray
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Singapura Di Putrajaya Sampaikan Perutusan PM Lee

Next Post

Otai Reformis 1998 Mahu Anwar Segera Jadi PM

Related Posts

XX Ray Masih Ada Peminat – Aziz M Osman

10/12/2018
0

PETALING JAYA - Pengarah prolifik, Aziz M Osman yakin jenama XX Ray yang dicetuskannya 27 tahun lalu masih mempunyai kelompok...

Pentingkan Pendidikan, Aziz Tak Nak Anak Terpengaruh

05/04/2018
0

SEBAGAI ibu bapa, kita bebas untuk memilih jalan terbaik buat anak yang sedang dalam proses pembesaran. Pendidikan juga penting bagi...

Next Post

Otai Reformis 1998 Mahu Anwar Segera Jadi PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd