• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Rabies Di Sarawak Akan Terus Dipantau

oleh
21/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LIPIS – Kementerian Kesihatan akan terus memantau penularan wabak rabies di Sarawak berikutan terdapat kes baharu yang menyebabkan kematian, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Memang pemantauan secara berterusan akan sentiasa dijalankan agar wabak rabies tidak kembali merebak.

“Pada setiap gigitan (gigitan anjing) itu kalau positif kami akan tangani dan kami akan rawat,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan, di sini pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang warga emas disahkan meninggal dunia akibat wabak rabies di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Lelaki berusia 80 tahun itu yang berasal dari Kampung Sungai Du’uh, Serian dikatakan mengalami demam pada 11 Januari, sebelum dimasukkan ke HUS, tiga hari kemudian.

Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat rabies dalam kalangan manusia di Sarawak ialah 16 kes sejak pengisytiharan wabak itu pada 1 Julai 2017.

Sementara itu Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata jentera Amanah akan bekerja keras bersama-sama rakan parti komponen lain untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Itu tanggungjawab kami sebagai semangat Pakatan Harapan, kami saling berganding bahu untuk memenangkan calon kami (Manogaran).

“Apa pun kami tetap pasrah dengan keputusan dan kami akan lakukan yang terbaik,” katanya.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi parlimen itu, terbatal dan tidak sah, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan dan BN serta dua calon bebas.

Calon-calon berkenaan ialah Manogaran yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang mewakili PH, pesara Polis Diraja Malaysia Ramli Mohd Nor mewakili BN dan dua calon bebas iaitu bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, serta petani Wong Seng Yee, 40 tahun. – BERNAMA

Tags: Rabiessarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd