KUALA LUMPUR – Rata-rata netizen terkejut dengan penularan sebuah video yang didakwa mirip pelakon Fathia Latiff tular di laman sosial dalam keadaan tidak berhijab.
Video yang memaparkan wanita berambut pendek itu memakai baju hoodie berwarna hitam sedang menyanyi dan sempat merakamkan gambar bersama seorang lelaki.
Video berkenaan telah dimuatnaik di laman instagram milik @makcikpuaka dipercayai dirakamkan di sebuah kafe di Shah Alam dekat sini.
“Malam tadi @sisturz_stalker share igstory cafe di Shah Alam ni, tak cam siapa jadi admin pun tak ambil tahu la, lepas itu makcik dapat sekali lagi daripada pengikut lain.
Admin pun tengok, dua tiga kali makcik ulang, ni Fathiya Latif ke?” kata akaun tersebut menerusi kapsyennya baru-baru ini.
Nur Fathia Abdul Latiff, 31, sebelum ini didakwa digam produser gara-gara sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.
Walau bagaimanapun, pada tahun ini Fathia membuka lebaran baharu dengan tampil dalam drama Kipas Belum Mati siaran Astro Citra bermula 19 Januari lalu. – K! ONLINE