• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Muda Pahang Yakin Kewibawaan Kekanda

oleh
15/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan rasa penuh keyakinan terhadap kebolehan kekandanya, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menerajui negeri Pahang.

Tengku Abdul Rahman berkata, kebolehan dan kewibawaan kekandanya adalah berdasarkan kepada pengalaman dan tunjuk ajar yang diterima tanpa titik noktah daripada ayahanda mereka, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Sultan Pahang kelima.

“Patik percaya bahawa duli tuanku Sultan dapat menerajui pemerintahan negeri ini dengan cemerlang dan penuh bijaksana.

“Patik, orang kerabat bergelar, kerabat dan orang-orang besar Pahang mendoakan supaya Allah sentiasa merahmati dan memberkati pemerintahan duli kekanda dan menjadikan negeri yang tercinta ini kekal aman, makmur dan rakyat jelata hidup bersatu padu dan penuh harmoni… Insya-Allah,” katanya.

Tengku Abdul Rahman berkata demikian pada ucapan ikrar taat setia kepada Sultan Abdullah pada Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan kerabat-kerabat, orang besar Pahang, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat di Pahang.

Tengku Abdul Rahman seterusnya mendoakan supaya Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan hidayah, petunjuk dan kesihatan yang baik sepanjang menduduki takhta pemerintahan negeri Pahang.

Pada ucapan itu, Tengku Abdul Rahman juga mewakili kerabat dan orang besar Pahang mendoakan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dikurniakan kesihatan yang baik dan setiasa berada dalam lindungan Allah. – BERNAMA

Tags: sultan abdullahSultan Pahangtengku abdul rahmanTengku Muda Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

06/02/2026
0

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kelantan menyifatkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah paling layak untuk...

Pameran Tanjak Terbesar Di Istana Budaya

13/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd