• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan Sultan Pahang

oleh
12/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai Sultan Pahang yang keenam bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.

Pengumuman tersebut dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang di ibu negara semalam bersetuju Tengku Abdullah naik takhta sebagai Sultan Pahang yang baharu dan akan dimasyhurkan di istana tersebut pada 15 Januari ini.

Majlis itu turut dihadiri Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad’zam Shah; Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah dan ahli-ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Tengku Abdullah, 60, diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda adalah anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Almarhum Tengku Ampuan Afzan.

Baginda pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan; Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan dan Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di luar negara.

Antaranya Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School (1975-1978), Davies College, London – Advance School (1978-1979), Royal Military Academy, Sandhurst, England (1979-1980) dan Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) (1981).

Pada 1 Julai 1975, baginda dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang dan dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar. Ketika berusia 20 tahun, Tengku Abdullah dilantik Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979.

Ia selepas ayahandanya, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-VII, dan pelantikan baginda tersebut adalah untuk tempoh lima tahun.

Tengku Abdullah dilantik semula sebagai Pemangku Raja Pahang selepas mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah sendiri yang diisytiharkan dalam surat rasmi Kerajaan Pahang bertarikh 28 Disember 2016.

Baginda berkahwin dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Mac 1986 dan pasangan diraja ini dikurniakan empat putera dan lima puteri:

Tengku Amir Nasser
Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
Tengku Puteri Iman Afzan
Tengku Puteri Ilisha Ameera
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Antara jawatan lain yang dipegang baginda kini ialah Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Komander Rejimen 505 Askar Wataniah dan Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Juga sebagai Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Canselor Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM

Baginda juga pernah memegang jawatan dalam organisasi sukan kebangsaan antaranya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Presiden Persatuan Hoki Malaysia (MHF). – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Sultan PahangTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

06/02/2026
0

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kelantan menyifatkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah paling layak untuk...

Pameran Tanjak Terbesar Di Istana Budaya

13/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd