• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tandas Awam Rantau Abang Terbaik Di Asia

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANDAS awam Rantau Abang di sebelah Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu diiktiraf antara tandas awam terbaik di Asia, minggu lalu.

Keadaannya bersih, bau wangi, mesra pengguna serta landskap menarik merupakan antara ciri utama ia memenangi Anugerah Standard Tandas Awam Asia 2019-2021 sempena Forum Pelancongan Asia di Ha Long, Vietnam, Jumaat lalu.

Anugerah itu menjadikan tandas tersebut sebagai satu-satunya tandas awam dari wilayah Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan tersebut bersama empat lagi dari Malaysia iaitu tandas awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Restoran Foh San, Perak, Masjid Cina Melaka dan Plaza Merdeka, Sarawak.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Lizan Che Mat berkata, anugerah itu adalah satu penghormatan besar bagi penduduk dan warga MPD khususya yang telah bekerja keras melaksanakan pelbagai usaha serta insiatif agar kebersihan tandas awam di seluruh daerah itu terjaga.

“Tandas Awam Rantau Abang sememangnya mendapat perhatian utama MPD kerana ia berada di lokasi pelancongan negeri yang sangat dikenali sebagai tempat pendaratan penyu.

”Tandas ini boleh dikatakan lengkap dan sesuai untuk dijadikan hentian pengunjung dekat dan jauh kerana turut mempunyai bilik mandi, tempat rehat dan ditambah pula dengan keindahan landskap yang dibina di sekitarnya,” katanya ketika ditemui Bernama.

Menurut Lizan, tandas tersebut telah mendapat penarafan lima bintang dan pernah menerima beberapa anugerah lain termasuk johan Pertandingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang 2016 dan Anugerah Perak kategori Tandas Awam milik PBT (Bandaraya/Perbandaran) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2016 dan 2018.

Beliau berkata selain ingin menambah baik lagi Tandas Awam Rantau Abang, pihaknya juga mempunyai pelbagai perancangan bagi meningkatkan lagi kebersihan dan keindahan kawasan di sekitar 15 tandas awam yang ada di daerah itu tahun ini.

“MPD telah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta daripada KPKT bagi 2019- 2021 untuk tujuan pembangunan landskap bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti penduduknya.

“Jadi kita akan gunakan sebahagian peruntukan ini untuk kerja penambahbaikan, keceriaan dan pembinaan landskap bagi memberi imej baharu kepada tandas awam yang selalu dilabel sebagai tempat yang kotor.



“Walaupun nampak kecil tandas awam sebenarnya boleh memberi impak kepada sektor pelancongan kerana daripada situ pelancong boleh menilai mentaliti dan sikap rakyatnya,” kata Lizan.

Sementara itu, tukang cuci Tandas Awam Rantau Abang, Faridah Chaiman berkata, beliau menggunakan pewangi semulajadi iaitu bunga rampai yang diperbuat daripada daun pandan bagi menyerap bau dalam tandas tersebut dan seterusnya.

mengeluarkan bau yang wangi.

Malah, daun pandan tersebut dipetik daripada pokok yang ditanam di satu sudut bahagian depan dan tepi tandas itu sejak lima tahun dahulu.

“Rata- rata orang ramai sukakan aroma daun pandan yang harum tetapi tidak menyakitkan hidung seperti pewangi yang dibeli di kedai. Adakalanya mereka (pengunjung) sempat meminta sedikit (daun pandan) untuk diletakkan di dalam kereta,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rantau AbangTandas Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hobi Sumbat Botol Kosong Dalam Mangkuk Tandas

05/06/2018
0

BOTOL minuman ringan yang kosong menjadi 'senjata' seorang lelaki yang bertindak menyumbatnya dalam mangkuk tandas awam di bandar Michigan sejak...

Jangan Kunci Tandas Awam Di Bandar Raya Ipoh

10/10/2017
0

IPOH - Pengusaha dan pemilik tandas awam khususnya di kawasan tumpuan ramai sekitar bandar raya Ipoh diingatkan agar tidak mengunci...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd