• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah

oleh
15/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahang, Kolonel Nazim Mohd. Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.

Sultan Abdullah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang keenam hari ini hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Baginda menggantikan ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Baginda dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Disember 2016 sehingga 11 Januari lalu setelah Sultan Ahmad Shah gering.

Kali pertama baginda memangku jawatan itu ialah ketika berusia 20 tahun pada 28 April 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang di-Pertuan Agong pada 1979-1984. – BERNAMA

Tags: Sultan Abdullah Sultan Ahmad ShahSultan Pahang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Rampas Produk Tidak Berdaftar Bernilai RM7.4 Juta

Next Post

Jabatan Kesihatan P.Pinang Rampas 48 Produk ‘Mustajab’

Related Posts

Pameran Tanjak Terbesar Di Istana Budaya

13/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu...

Sultan Ahmad Shah Mangkat

22/05/2019
0

KUANTAN - Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah...

Next Post

Jabatan Kesihatan P.Pinang Rampas 48 Produk 'Mustajab'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd