• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhu Laut Naik Di Seluruh Dunia Lebih Pantas

oleh
11/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Suhu air laut naik pada rentak lebih pantas, ketika pemanasan bumi ancam pelbagai jenis hidupan laut dan bekalan makanan utama bagi planet ini, menurut para pengkaji antarabangsa.

Penemuan dalam jurnal sains Amerika Syarikat (AS), yang diterajui oleh Akademi Sains China malah sangkal laporan sebelum ini yang menggambarkan pemanasan bumi terhenti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Media antarabangsa melaporkan teknologi terkini dedah tiada pemberhentian sedemikian berlaku, lantas cetus kebimbangan baharu mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap penimbal utama planet – iaitu lautan.

“Pemanasan laut adalah satu penunjuk sangat penting bagi perubahan iklim, dan kami ada bukti kukuh tunjukkan suhu lautan sedang meningkat lebih pantas daripada yang disangkakan sebelum ini,” kata Zeke Hausfather.

Beliau yang merupakan pengarang bersama kajian tersebut dan pelajar pengajian siswazah di Energy and Resources Group, Universiti California, Berkeley, AS.

Kira-kira 93 peratus lebihan haba – terperangkap di sekeliling Bumi oleh gas rumah hijau yang dijana melalui pembakaran bahan api fosil – terkumpul dalam lautan dunia.

“Penelitian baru menunjukkan pemanasan di lautan kini ikut kadar kenaikan suhu udara. Jika tiada apa-apa yang dilakukan untuk kurangkan gas rumah hijau, “model-model yang dikaji itu meramalkan bahawa suhu lautan dunia sehingga sedalam 2,000 meter akan meningkat 0.78 °C menjelang hujung abad ini,” katanya.

Pengembangan termal – iaitu air yang mengembang semasa dipanaskan – akan menaikkan paras laut setinggi 30 sentimeter. Ini lebih tinggi daripada sebarang peningkatan pada paras air laut yang disebabkan oleh pencairan bongkah batu dan kepingan ais.

“Meskipun 2018 adalah tahun keempat terpanas bagi permukaan (Bumi), ia adalah tahun paling panas di lautan, seperti yang dialami pada 2017 dan 2016 sebelum ini,” kata Hausfather.

“Tanda-tanda pemanasan bumi lebih mudah dikesan jika ia merubah suhu air laut berbanding permukaan bumi.” – Channel NewsAsia

Tags: laut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Minyak Masak Peket Terapung Di Laut Undang Tanda Tanya

Minyak Masak Peket Terapung Di Laut Undang Tanda Tanya

03/08/2022
0

SHAH ALAM - Penemuan ribuan peket minyak masak dipercayai bersubsidi dari Malaysia berhampiran Pulau Jawa, Indonesia menimbulkan tanda tanya pelbagai...

Gempa Bumi Bermagnitud 6.4 Landa Laut Taiwan

03/01/2022
0

BEIJING : Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan laut berhampiran daerah Hualien, timur Taiwan pada 5.46 petang Isnin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd