• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Tiba Masa Pilihan Raya Diawasi Lebih Rapi

oleh
23/01/2019
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH RATA – Dakwaan berlaku kempen politik wang, penyalahgunaan aset kerajaan untuk berkempen, ucapan kempen menghasut atau berbaur perkauman, selain 17 laporan polis dalam tempoh 10 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menunjukkan aktiviti pilihan raya di negara ini perlu diawasi dengan lebih rapi.

Dalam mencapai demokrasi yang lebih matang dan melaksanakan reformasi pilihan raya, penganalisis politik, Md Shukri Shuib, percaya sudah tiba masa pihak-pihak berkuasa yang terlibat untuk turun padang dan menghentikan perkara-perkara yang menyalahi peraturan pilihan raya.

Mungkin Polis Khas Pilihan Raya boleh diwujudkan dengan menggabungkan terus anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah satu bumbung pada setiap kali pilihan raya diadakan.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu, berkata polis perlu diberikan kuasa mutlak untuk terus mengambil tindakan segera sekiranya didapati mana-mana pihak melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Sekarang ini, prosedur amat birokratik dan ambil masa panjang untuk diselesaikan, polis perlu terima laporan dahulu, kemudian kena tengok pula kes, mungkin ada yang bukan di bawah bidang kuasa polis, mungkin di bawah SPRM pula, kemudian kes perlu pula dibawa ke mahkamah.

“Kesalahan pilihan raya ini boleh menjejaskan keputusan pilihan raya, seperti mana juga yang mungkin berlaku pada PRK ini, lepas Dewan Rakyat bersidang beberapa lama, baru kes diputuskan dan kena pula buat pemilihan sekali lagi,” katanya.

Md Shukri berkata pengwujudan polis khas ini juga perlu disekalikan dengan tribunal pilihan raya, supaya setiap kes boleh terus dibawa untuk diputuskan segera.

Sementara itu, Penganalisis Politik dan Perundangan dari Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata seboleh mungkin setiap pendakwaan kesalahan peraturan pilihan raya perlu diselesaikan sebelum pengundian.

Sekiranya tidak diselesai segera, ia mungkin akan sekali lagi menggugat keputusan PRK berkenaan yang hanya akan merugikan kerajaan.

“Mungkin terpaksa buat pengundian semula. Ini akan menambah perbelanjaan negara,” katanya.

Beliau berkata daripada segi undang-undang pula, ia cukup lengkap bagi memastikan sesuatu pilihan raya itu berjalan dengan amalan demokrasi yang tinggi tetapi penguatkuasaanya adalah lemah.

Selain Akta Kesalahan Pilihan Raya, katanya, pilihan raya juga secara tidak langsung terikat dengan Kanun Keseksaan, undang-undang pentadbiran khas untuk penjawat awam dan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

Justeru, semua pihak perlu akur, dan tindakan undang-undang perlu diambil sewajarnya kepada mana-mana pihak yang jelas melakukan kesalahan.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam PRU14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Parlimen Cameron Highlands mempunyai dua DUN iaitu Tanah Rata dan Jelai dengan jumlah keseluruhan pengundi seramai 32,009 orang. – BERNAMA

Tags: Pilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd