• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategi MITI 10 Tahun Lepas Berjaya Tarik Pelaburan RM1.9 Trilion

oleh
09/01/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Strategi yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.

Dalam satu kenyataan, MITI berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.

Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.

“Pencapaian memberangsangkan ini mampu dicapai menerusi penyelarasan dan kerjasama padu yang terjalin antara MITI dan kementerian serta agensi lain.

“Langkah penyusunan semula kementerian baru-baru ini juga bertujuan memperkukuh peranan dan sistem penyampaian kerajaan untuk menangani masalah pertindanan fungsi,” kata kementerian itu.

Pada masa sama, MITI juga kekal komited dan bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana kementerian serta agensi lain untuk menghasilkan strategi kolektif bagi mencapai prestasi perdagangan dan pelaburan yang lebih memberangsangkan bagi negara ini.

Bagi kemajuan masa depan, MITI juga telah mula merangka Pelan Induk Industri 4.0 yang merupakan antara usaha berterusan bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi negara.

Malah, sejajar dengan trend global, MITI turut mengetuai usaha merangka Dasar Kebangsaan Industri 4.0 (Industry4WRD) bagi mengorak Transformasi Digital Malaysia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasionalnajib razakpelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Pernah Sekali Pun Menggunakan Rakyat Demi Faedah Diri Sendiri….

Tidak Pernah Sekali Pun Menggunakan Rakyat Demi Faedah Diri Sendiri….

27/12/2025
0

Tidak pernah sekali pun insan mulia ini mempergunakan rakyat untuk faedah dirinya....   Tidak pernah sekali pun gerakkan mereka untuk...

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

22/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd