• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Nafi Mata Wang Kripto Jadi Syiling Rasmi

oleh
30/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAFI… Pihak berkuasa Monetari Singapura (MAS) beri amaran kepada orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan laman web palsu yang kaitkan pelaburan mata wang kripto dengan Kerajaan Singapura.

MAS dalam satu kenyataan semalam berkata bahawa laman-laman web palsu ini mendakwa bahawa Singapura akan menggunakan mata wang kripto sebagai syiling rasmi.

“Mereka juga mendakwa bahawa sebuah firma sudah dilantik secara eksklusif untuk memasarkan mata wang kripto ini,” katanya.

Laman-laman web ini meminta pembaca untuk memberi maklumat peribadi dan kewangan mereka bagi urusan pembelian mata wang kripto.

“Ini adalah satu penipuan dan orang ramai harus mengelak daripada mendedahkan sebarang maklumat kewangan atau peribadi kepada aplikasi yang berkaitan dengan laman web seperti itu,” katanya.

Bank pusat Singapura itu juga menasihatkan bahawa pelaburan dalam mata wang kripto atau token digital adalah sangat berisiko.

MAS dan Jabatan Hal Ehwal Komersial telah mengeluarkan beberapa nasihat sejak Disember 2017, bagi memberi amaran kepada orang ramai mengenai risiko-risiko pelaburan sedemikian.

Orang ramai yang mengesyaki bahawa sesuatu tawaran pelaburan itu mungkin palsu atau disalah gunakan untuk aktiviti lain yang menyalahi undang-undang, perlu melaporkan hal tersebut kepada polis, katanya. – BERNAMA

Tags: Mata wang kriptoSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd