• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 50 Tahun, Jepun Tamat Khidmat Kelui

oleh
01/01/2019
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUPUS… Jepun akan menamatkan era penggunaan alat kelui atau pager pada 2019 selepas lima dekad, demikian diumumkan oleh syarikat pembekal terakhir negara maju itu.

Tokyo Telemessage, yang merupakan satu-satunya penyedia pager di Jepun, menyatakan bahawa pihaknya memutuskan untuk menamatkan khidmat tersebut di Tokyo dan tiga kawasan kejiranan pada September 2019.

Syarikat tersebut namun menyifatkan keputusan itu sebagai ‘amat dikesali’. Tokyo Telemessage menambah bahawa ia sudahpun berhenti menghasilkan alat peranti kelui berkenaan sejak 20 tahun lalu.

“Pager sangat popular pada suatu ketika dulu… tetapi jumlah pengguna semakin berkurangan sehingga menurun kepada 1,500 orang,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media di ibu negara.

Kelui, yang juga dikenali sebagai ‘poke-beru‘ di Jepun, amat popular pada tahun-tahun 1990-an terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan yang amat gemarkan fungsi teks mesejnya yang kuno.

Malahan ketika tahun kemuncaknya pada 1996, jumlah pengguna teknologi mesej tersebut di negara itu pernah mencecah lebih 10 juta orang, menurut data pihak kerajaan Jepun.

Bagaimanapun, populariti telefon bimbit dengan pantas berjaya mengubah teknologi pager menyebabkan jumlah penggunanya semakin merosot saban tahun.

Syarikat telekomunikasi utama Jepun iaitu NTT, yang pernah memperkenalkan perkhidmatan kelui pada 1968, sudah lama menghentikan khidmat teknologi itu pada 2007.

Para pelawat ke Jepun sering hairan dengan pelbagai teknologi yang terdapat di Jepun.

Misalnya meskipun Jepun merupakan sebuah negara yang penuh dengan alat teknologi tinggi dan canggih, ia juga masih lagi menggunakan teknologi lama seperti mesin faks sebagai alat komunikasi. – AFP

Tags: jepunkelui
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pau Pak Ngah Ampang Cita Rasa Itali

Next Post

Ikan Buntal Beracun Jadi Hidangan Lazat Sarawak

Related Posts

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

Next Post

Ikan Buntal Beracun Jadi Hidangan Lazat Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd